Friday, September 7, 2012

Syawal Pertama sbg Suami Isteri

Bismilahirrahmanirrahim...

Assalam semua and Selamat Hari Raya..Am I too late? wuwuwu. Rase nye x lambat lg kot. Raya kan sebulan =).

Okey nk share kisah beraya kali pertama sebagai suami isteri. MasyaALLAH, perasaan yg sgt indah! Tahun 2012 mmg byk perkara indah yg berlaku..Berkahwin dgn lelaki yg dicintai, then menyambut Ramadhan bersama suami, menyambut Lebaran juga bersama suami buat kali pertama. Alhamdulillah. Saaaaangat seronok.

Tahun ni raya pertama kami sambut di kg Abg si Sg Petani. Perasaan? oh agak nervous sbb pertama kali  beraya dlm satu family yg sgt besar ini. Tp syukur sbb family in laws sgt sporting n cool! hehh. ok jom layan gambar.


Muka fresh laki bini baru lps bersiap2 di pagi raya. Sgt seronok dpt menyiapkan suami di pagi Syawal. Best sbb Abg mmg suka menyakat n mengusik saya x kira masa sehinggakan sy tgh butang kan baju melayu dia pun dia sempat mengusik sampai riuh bilik tidur. Hee. And both of us sgt bersemangat ni tau nk raya sbb 1st time beraya sbg hubby n wifey =)






Lepas dh siap melaram, apa lagi, sesi meminta maaf, meminta duit raya, bersalam-salaman dan bercium-ciuman. eh? Selamat hari raya Abg..maaf zahir dan batin. Nina tahu nina byk dosa pd abg..hihi..tula ayat pertama yg keluar masa bersalaman dgn suami. Best wooo raya dgn suami, dpt duit Raya, ciuman Raya pun dpt. hihi. (tiap2 hari pun dpt kiss padahal kann) tp ciuman Raya ni spesel sikit lah sbb hari raya kan.hihi, kemainnnn. Oh ya, tema baju kami ialah Dusty Grey tp jgn ditanya kenapa grey si isteri lain sikit drp grey sang suami. Sbb nya...si isteri recycle pakai baju nikah hari tu (Alhamdulillah muat lagi walaopun perut dah ke depan sikit skrg ni, hehhh) and si suami pulak baju melayunya dibeli last minit pd mlm raya sbb si isteri lupa bwk balik bju nikah beliau. Danggggg ! heee. Tp adik2 ckp ok je..matching je kan. =)



Ok this is our official Raya Photoshoot. Bila dh nama nya official, pose pun skema je kan.



Ini pulak pose drp kami sekeluarga sebelum g beraya umah Tok n Wan. Sape paling 'tinggi' kat situ? heee



Pose bersama kakak n adik ipaq . Cuba teka mana kakak n mana adik?heee, semua nampak muda kan. Kemainnnn. Oh ya, dpn rumah kami ada bendang tauu =)



And this picture! We love it so much! Ini sebahagian drp family besar kami.Ni baru geng sepupu sepapat..belum masuk mak sedara, pak sedara, tok n wan lagi. Seriously beraya dlm satu family besar amatlah seronok. Could u see all those faces? Semua ceria n gembira. Oh ya, masa ni, saya dan abg je pasangan yg dh berkahwin, sbb tu kemain pelok kan, Hee, but now, sepupu kami ada dua org lagi yg baru menamatkan zmn bujang, so gmbr raya next year lagi meriah la ye dgn pertambahan ahli baru.



Ok yg ni pulak cerita raya kedua. Masa ni g jupe Tok n Wan sbb nk bertolak balik Terengganu dah. Tema Raya kedua adalah Oren. =) Comel kan perut suami saya.. Hihi



Tok dan Wan kesayangan kami. Terima kasih Tok n Wan sbb bekalkan mcm2 makanan kat kami.



Sempat lagi posing kat umah Tok. Abaikan kelebaran badan yg melanda diriku.



Ini pulak aktiviti setibanya kami di Jerteh.Raya photoshoot bersama family kecil kami, hihi. Anak sedara semua dah besar. And gambar ni x complete sbb both of my brothers xda masa ni. Sobss.Tp kami still happy beraya bersama seadanya. =)



Ok nak jugak tepek gambar berdua. Hihi..This is us after 3 moths plus plus getting married. Dua2 suda tembam woo!



Syawal 3. Tema Brownish Grey.Ishh perut my hubs mmg comel .Asik kelihatan di dlm gambar. Telling u the truth, after kawen perut dia naik mendadak. Suka mkn masakan isteri katanya. hihi. Kemainnnn. Raya ketiga kami g beraya rumah sedara mara saya kat Jerteh. Seronok. Kali pertama bawa suami ke rumah saudara kan.



Then suami ajak g mandi pool kat Bukit Keluang Beach resort. Abg je mandi, saya x mandi pun. Mls nk renyah2 tukar baju n masa ni bwk anak2 buah mandi sama.


Hmmm rasanya cukup setakat raya ketiga dulu lah ye..ada masa sy sambung lagi , Hee sbb byk sgt gmbr nk letak. Kesimpulan nya, Syawal 1433 H memberi pengalaman dan kenangan yg cukup manis utk dikenang oleh kami suami isteri. A totally new experience! Mmg sgt indah..semoga Syawal tahun hadapan menanti kami dgn lebih kemanisan.


*Ya Allah limpahkan rahmatmu ke atas rumah tangga kami, jauhi ia drp hasad dengki dan khianat manusia serta jadikan kami psangan yg bercinta keranaMU dan kekalkan percintaan ini hingga ke SyurgaMu.Ameen*


Love
Nina Isofea

4 comments:

sarahhernyzar said...

bahagia tgk nina. berseri je muka. jeles ni. hahahaha.. selamat hari raya juga dear :D

Nina Isofea said...

sara : hihi. Alhamdulillah. Tq Sara. Syukur dgn nikmat kebahagian yg ALLAH bg. InsyaALLAH nt sara kawen pun akan melalui perkara yg sama juga. Tak sbr nk terima kad ni!

IMaH said...

sweet sangat2. selamat hari raya Nina. Moga sentiasa dilimpahi bahagia di dunia dan akhirat

Nina Isofea said...

Imah : tq dear.. Ameen! Smoga masin mulut awak ;-)

The Most You Like It

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog is Protected. Copyright 2012 © Design By sarahhernyzar