Wednesday, September 19, 2012

Review 7 : Reception Dress

Bismilah dan Assalam...

Since zaman Universiti lagi saya pernah berangan nak pakai baju sendiri masa majlis resepsi dan Alhamdulillah ianya menjadi kenyataan. Well dress resepsi saya bukanlah totally milik saya. Pakai baju sendiri di sini bermaksud saya tidak memakai persalinan yg sudah dipakai oleh bride lain sebelum ini. Sebab? Saya suka kan sesuatu yang berbeza, plus saiz badan saya yang genit dan comel ini ala-ala Nora Danish (ahakss) tidak memungkinkan saya utk menyewa persalinan di bridal. Dan rata-rata design di bridal memang agak susah menambat hati saya dan diri saya yg sedikit cerewet ini. . Walhal bukan x cantik baju-baju tu semua. =). Lain org lain citarasa. Normal lah kan.

Okay, utk dress resepsi saya, of course pure white a.k.a putih suci menjadi pilihan sejak dahulu kala lagi. Memang tak pernah fikir nak pakai dress berwarna selain putih. Sebab? Bagi saya,putih ni warna yg sgt international. Gitew. Dan warna nya nampak rich. Plus, ianya warna favourite saya! hihi.  After few discussions with my official bridal (Kak Jai), we have agreed nak buat dress baru untuk Nina. *Yayy*. And design dress ni Nina ambil insiprasi daripada salah satu design Man Kajang. (sorry tiada gambar di sini sebab dah lupa mana Nina save dress Man Kajang tu). Tapi my own version  takde lah sebijik yg Man Kajang..dah nama nya inspirasi kan =) . Saya buat temujanji utk measurement semua tu seawal bln Dec 2011. Lebih kurang 5 bulan before wedding and Alhamdulillah everything went well. Dgn sekali sahaja ambil ukuran dan sekali sahaja fitting, which is on March 2012, the dress suits me very well!

Dan lepas tu rasa cam terus nak bawa balik dress tu dan jadi kan hak milik sendiri *berangan je lah* sebab hasilnya sangat lah awesome. Dan harganya boleh tahan tapi sebab bukan saya yang bayar saya tak kisah. Hihi. Thanks Abg ! Paling penting, saya orang pertama pakai dress tu tp lepas tu saya takde lg tengok bride lain sewa and pakai dress tu mungkin sebab saiz saya ni jarang ditemui. Hihi (saya ni pendek orang nya. Sekian) Ok jom tengok gambar. Gambar2 ni ada drp OP dan ada drp HP. So faham2 lah ya =)

Pandangan drp jauh.Simple je tapi I suka. Less is more kan


Pandangan dekat sikit. Lupa nak bagitahu, dress ni 1 piece only. Saya memang kurang gemar dengan yang 2 pcs. Hihi


Pandangan dekat sikit lagi hihi



Ini rupa dress tu waktu berjalan. Masa ni menuju ke meja beradab.



Ini pula pandangan daripada belakang. Masa ni sesi bersanding baru habis. The Bride tengah cari the Groom hilang ntah ke mana sbb nak jumpa tetamu one by one kan. Rupa2 nya dia tengah syok menulis kat guestbook! Nt Nina update tentang Guestbook yap =)


Rupa dress masa posisi duduk.*Awat dua2 muka serius sangat time ni*



Pandangan dekat masa duduk.



Dan ini pula persalinan untuk si Kacak saya. Kalau ada yang pernah baca, sepatutnya si Kacak saya pakai Sut Putih tapi last minit tak jadi sebab tailor yang saya percayakan tu tak dapat nak siapkan pada masa yang kami mahu. So, again dengan kerjasama Kak Jai, suami dapat baju baru jugak tapi bukan sut putih sebab sut tu ambil masa nak siap. Bincang punya bincang, husband setuju nak pakai persalinan baju melayu lengkap bersampin dan tengkolok bagai..sangat best sebab ikut ukuran badan beliau. Nasib baik x kena pakai baju yang ada kat bridal. Besar woo! walaupun boleh alter, tetap x sama dengan ukuran badan sendiri kan? Sbb kdg2 kesian jugak tengok  ada sesetengah pengantin hanya titik beratkan pengantin perempuan. Pengantin Perempuan je yang cantik tapi pengantin lelaki main hentam je bagi pakai baju besar. Serius saya kesian dengan kes macam tu..nampak selekeh je pengantin lelaki. (Sy tak kata kat semua, ada segenlintir) bukan apa, kita mahu sama2 cantik kan..Hihi. Eh jauh pulak melencong. So untuk baju suami saya saaaangat berpuas hati .. sbb beliau nampak lebih hensem daripada biasa! Hehh..(Of course la puji suami sendiri kan) And beliau nampak segak sekali dlm persalinan serba putih itu..hik! Terima kasih kak Jai.!

Seriously, rindu nak pakai cantik2 dan segak2 mcm tu lagi tau!

Love
Nina Isofea


Friday, September 14, 2012

Review 6 : The Dayangs On Solemnization Night

Assalam n salam Jumaat everyone =)

Jom sambung review ttg wedding saya yg dh lama tertangguh ni.
This time nk share psl 'dayang-dayang' terhormat pada mlm akad nikah hari tu. Well, dayang saya pd mlm tu ramai jugak. Hihi, to be exact 8 org dayang semuanya. Ramai jgk kan. Tapi kalau tgk dlm gambar lebih drp 8 sbb mlm tu seluruh family saya berpakaian tema hitam. Yg betul2 dayang adalah yg pakai niqab/purdah. As I said dlm entry sbelum ni, asalnya the Bride pun akan berpakaian dgn berkonsepkan Arab, tp last minit x jadi, so the Dayangs je lah yg berkonsepkan Arab. Hihi. Rasa ok jugak sbb 'terserlah' sikit Pengantin berada di celah2 dayang tu semua =).

Dayangs saya ni terdiri drp kakak, adik, kakak2 ipar, anak2 buah, cousin dan juga 2 org sahabat baik saya (Iera dan Emma) And terima kasih sy ucapkan pd mereka semua ni sbb mjalankan tugas dgn baik dan yg penting sgt sporting! And utk sahabat saya Iera, tq sbb sudi dtg jauh drp KL dgn keadaan sarat mengandung  semata-mata nak jadi slh seorang dayang n bersama dgn aku pd mlm bersejarah tu. Syg ko sgt2 Iera! And utk Emma pulak, tq sbb sentiasa bersama saya. Syg awak jugak! =). Apa lagi jom tgk gambar

Ni gambar drp OP..The Jubah(s) were sponsored by me. Sponsored here means sy yg bg diorg pinjam jubah saya (kalau uols nk tahu, iols ada byk jubah tau)except Iera and Emma, dua org ni pakai jubah diorg sendiri while the niqab/purdah tu saya DIY utk diorg. (kat mana dah agaknya purdah tu semua) hihi.

Versi skema. Hihi. Ni pic drp Hp.


 versi riang ria =)



Khusyuk menanti lafaz ijab & qabul

Overall, diorg ni lah yg menceriakan suasana pd mlm akad nikah. And again tqvm pd semua sbb melengkapkan mlm penuh bersejarah itu. And...kamu semua mmg gorgeous abes lah mlm tu! Hihi sampaikan rata2 tetamu dok tgk diorg je, bkn tgk pengantin taw. Klass uols!

*Ya ALLAH sempurnakanlah rumahtangga kami dgn Iman dan Taqwa kpd MU serta jadikanlah kami pasangan yg bercinta krn MU dan bawalah kami ke SyurgaMu*


Love
Nina Isofea

Wednesday, September 12, 2012

BBF's wedding and ber dating dgn En. Suami

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalam everyone!

1.9.12 yg lepas (masih dlm mood Raya) sy telah berjaya attend wedding Nur Hafiza Ishak (nama penuh kauuuu). And lg best sbb pertama kali after getting married, bwk husband bersama ke wedding kwn. Actually Fiza ni juga slh seorang customer saya yg nak sewa stand hantaran ala-ala mirror box tu. Tapi...........satu insiden telah berlaku di mana customer sebelum Fiza telah merosakkan stand ku itu! Patah n pecah. Perasaan? Gelabah gilos okey. Sbb masa tahu benda tu pecah adalah seminggu sebelum majlis Fiza. Mmg gelabah tahap dewa saya dibuat nya. Tp syukur sbb lps tu Fiza dpt tempah yg baru. Pheww lega saya. Dan moral of the story: Tlg bertanggungjawab bila kita sewa brg org k... (sedih) sbb husband sy buat sendiri, modai pun boleh tahan, tp xpelah benda dah nk jadi. Senyum. Ok jom tgk gambar sikit!

Berposing di pintu gerbang. Terjumpa dgn Sarah Hernyzar kat cni. Actually ni bkn kali pertama jupe si tinggi lampai ni, kan Sara kan? hihi..Esok (Khamis) jupe dia lg ada urusan sikit. Hihi. Masa ni Sara baru sampai dan sy bersama Abg baru lps mkn.



Close up sikit..hehhh nak jugak tu. Tq Abg sbb sudi melayan kami yg gila bergambar ini, sampaikan lupa nk bergambar dgn suami sendiri. Hee



 Sedikit ucapan dan doa buat pengantin baru drp pengantin lama. =)


Tadaa! Inilah pengantin nya. Sweet kan? The Pelamin pun gojes. Peachy Pink; warna tema perkahwinan saya pada awal perancangan dulu...tp dah bertukar..hihi.


Dan ini pula kami bersama pengantin. Ntah ape2 je gaya yg iols buat tu =). Tp again, xde pic bersama husband Sobss. Actually ada OP Fiza snap gambar kami suami isteri bersama pengantin. Tp kene tgu drp OP Fiza lah nmpk gaya nya..nt kalau ada, Fiza tlg tag ye?


Ini kek nya. Comel kan.

Lepas attend wedding Fiza, kami attend another wedding. Sebenarnya x kenal pun sape pengantin nya, hihi..sbb itu adalah wedding kpd my husband punya sis..so kami buat2 kenal je lah..hihi sbb my sis in law dah ajak kan.


Apakah masalah gambar ni? Lebar bebenar nampak nya aku.Ini tidak adil ok. Btw, x sangka lak kat wedding ni terjumpa dgn seseorg (yg pakai baju kurung hijau tu adalah kawan kpd my bestie, Emma. Yg kelakar nya, dia kemainn kenal saya n saya langsung x igt dia..dah nyanyuk kah aku? Sorry Yana...hihi..Nasib baik Yana igt saya)

Lepas dah kenyang mkn, Abg ajak g bercanda di tepian pantai (kemainnnnn) hihi..dan kami ajak SIL and her friends sama. Pantai tu bestt sbb angin dia ya ampun sgt kuat.


4 dara pingitan (dara kah aku?) hihi. Ni Pantai Sepat nama nya. Suami mcm biasa la jd OP..=)




update status jap. Hahah


Sementara SIL and her friends melayan perasaan di tepian pantai, kami pun beromantisan sebentar. Hewhew. And tgkla hijab sy dah jd ntah apa2 sbb angin super kuat.


Bercinta lagi. Hihi



Hihi..husband ai pun boleh tahan posing.

Okey itu shj nak cerita. Next entry sy sambung semula buat review ttg wedding yap.

*Ya ALLAH sempurnakanlah rumah tangga kami dgn Iman dan Taqwa kpd Mu*


Love
Nina Isofea


Friday, September 7, 2012

Syawal Pertama sbg Suami Isteri

Bismilahirrahmanirrahim...

Assalam semua and Selamat Hari Raya..Am I too late? wuwuwu. Rase nye x lambat lg kot. Raya kan sebulan =).

Okey nk share kisah beraya kali pertama sebagai suami isteri. MasyaALLAH, perasaan yg sgt indah! Tahun 2012 mmg byk perkara indah yg berlaku..Berkahwin dgn lelaki yg dicintai, then menyambut Ramadhan bersama suami, menyambut Lebaran juga bersama suami buat kali pertama. Alhamdulillah. Saaaaangat seronok.

Tahun ni raya pertama kami sambut di kg Abg si Sg Petani. Perasaan? oh agak nervous sbb pertama kali  beraya dlm satu family yg sgt besar ini. Tp syukur sbb family in laws sgt sporting n cool! hehh. ok jom layan gambar.


Muka fresh laki bini baru lps bersiap2 di pagi raya. Sgt seronok dpt menyiapkan suami di pagi Syawal. Best sbb Abg mmg suka menyakat n mengusik saya x kira masa sehinggakan sy tgh butang kan baju melayu dia pun dia sempat mengusik sampai riuh bilik tidur. Hee. And both of us sgt bersemangat ni tau nk raya sbb 1st time beraya sbg hubby n wifey =)






Lepas dh siap melaram, apa lagi, sesi meminta maaf, meminta duit raya, bersalam-salaman dan bercium-ciuman. eh? Selamat hari raya Abg..maaf zahir dan batin. Nina tahu nina byk dosa pd abg..hihi..tula ayat pertama yg keluar masa bersalaman dgn suami. Best wooo raya dgn suami, dpt duit Raya, ciuman Raya pun dpt. hihi. (tiap2 hari pun dpt kiss padahal kann) tp ciuman Raya ni spesel sikit lah sbb hari raya kan.hihi, kemainnnn. Oh ya, tema baju kami ialah Dusty Grey tp jgn ditanya kenapa grey si isteri lain sikit drp grey sang suami. Sbb nya...si isteri recycle pakai baju nikah hari tu (Alhamdulillah muat lagi walaopun perut dah ke depan sikit skrg ni, hehhh) and si suami pulak baju melayunya dibeli last minit pd mlm raya sbb si isteri lupa bwk balik bju nikah beliau. Danggggg ! heee. Tp adik2 ckp ok je..matching je kan. =)



Ok this is our official Raya Photoshoot. Bila dh nama nya official, pose pun skema je kan.



Ini pulak pose drp kami sekeluarga sebelum g beraya umah Tok n Wan. Sape paling 'tinggi' kat situ? heee



Pose bersama kakak n adik ipaq . Cuba teka mana kakak n mana adik?heee, semua nampak muda kan. Kemainnnn. Oh ya, dpn rumah kami ada bendang tauu =)



And this picture! We love it so much! Ini sebahagian drp family besar kami.Ni baru geng sepupu sepapat..belum masuk mak sedara, pak sedara, tok n wan lagi. Seriously beraya dlm satu family besar amatlah seronok. Could u see all those faces? Semua ceria n gembira. Oh ya, masa ni, saya dan abg je pasangan yg dh berkahwin, sbb tu kemain pelok kan, Hee, but now, sepupu kami ada dua org lagi yg baru menamatkan zmn bujang, so gmbr raya next year lagi meriah la ye dgn pertambahan ahli baru.



Ok yg ni pulak cerita raya kedua. Masa ni g jupe Tok n Wan sbb nk bertolak balik Terengganu dah. Tema Raya kedua adalah Oren. =) Comel kan perut suami saya.. Hihi



Tok dan Wan kesayangan kami. Terima kasih Tok n Wan sbb bekalkan mcm2 makanan kat kami.



Sempat lagi posing kat umah Tok. Abaikan kelebaran badan yg melanda diriku.



Ini pulak aktiviti setibanya kami di Jerteh.Raya photoshoot bersama family kecil kami, hihi. Anak sedara semua dah besar. And gambar ni x complete sbb both of my brothers xda masa ni. Sobss.Tp kami still happy beraya bersama seadanya. =)



Ok nak jugak tepek gambar berdua. Hihi..This is us after 3 moths plus plus getting married. Dua2 suda tembam woo!



Syawal 3. Tema Brownish Grey.Ishh perut my hubs mmg comel .Asik kelihatan di dlm gambar. Telling u the truth, after kawen perut dia naik mendadak. Suka mkn masakan isteri katanya. hihi. Kemainnnn. Raya ketiga kami g beraya rumah sedara mara saya kat Jerteh. Seronok. Kali pertama bawa suami ke rumah saudara kan.



Then suami ajak g mandi pool kat Bukit Keluang Beach resort. Abg je mandi, saya x mandi pun. Mls nk renyah2 tukar baju n masa ni bwk anak2 buah mandi sama.


Hmmm rasanya cukup setakat raya ketiga dulu lah ye..ada masa sy sambung lagi , Hee sbb byk sgt gmbr nk letak. Kesimpulan nya, Syawal 1433 H memberi pengalaman dan kenangan yg cukup manis utk dikenang oleh kami suami isteri. A totally new experience! Mmg sgt indah..semoga Syawal tahun hadapan menanti kami dgn lebih kemanisan.


*Ya Allah limpahkan rahmatmu ke atas rumah tangga kami, jauhi ia drp hasad dengki dan khianat manusia serta jadikan kami psangan yg bercinta keranaMU dan kekalkan percintaan ini hingga ke SyurgaMu.Ameen*


Love
Nina Isofea

The Most You Like It

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog is Protected. Copyright 2012 © Design By sarahhernyzar