Friday, August 10, 2012

Review 5 : Mini Pelamin

Assalam everyone. Hari ni dah hari ke 21 kita berpuasa,hopefully amalan2 kita diterima oleh Nya. Me x sbr nk raya ni, tp mari saya review ttg mini pelamin utk majlis akad nikah yg berlansung pd 29.5.12 yg lalu.


My mini pelamin was inspired by Ren-Da Belleza's. To be honest, i heart every each of RDB's design; simple yet exclusive, cewah. And kebetulan ada satu mini pelamin tu, the design, mmg really caught my eyes, n kebetulan pulak theme kaler yg kena dgn theme saya which is Shocking yellow/Royal Yellow. Dan saya telah mengadaptasi mini pelamin itu utk nikah (first picture)


Maka, seawal December 2011, sg merancang utk mini pelamin ni. I did the research n dptkan 'bahan2' apa yg diperlukan utk saya DIY mini pelamin ni. Alhamdulillah sbb x susah pun utk cari semua brg tu. All I need ialah crepe paper, riben organza,lampu Ikea, 2 pasu bunga+bunga, bantal, kain bulu2 putih, riben organza kuning, crystal ball warna gold,platform dan kain jersey (betul ke eja camni) putih utk dijadikan tirai background.


And paling membanggakan (bangga la sgt kan), the mini pelamin was done 100% bg me myself. I had DIY -ed the pelamin all by myself! *kembang hidung jap*.Still remember lg yg sy gigih memanjat tinggi2 utk gantung those crepe paper flowers, paku itu ini, turun naik tangga n mcm2 lg. Saya juga bentangkan kain bulu2 putih (bentang n cover atas karpet, kalau x,dia akan bergerak2) utk ruang di hadapan pelamin  sy, yg mana kat situ org2 penting spt pengantin lelaki, imam, wali (ayah) dan saksi duduk di situ. The kain bulu2 tu sy beli kat brightsail Kuantan n bila bentang, nmpk cm karpet lak dia, n pling penting nmpk suci giler kain bulu2 putih tu dlm gambar, hihi. Masa duk pasang pelamin tu, Rasa perkasa sgt masa tu, hihi..walaupun masa tu ayah duk bebel dia kata darah manis jgn panjat2, biar ayah yg buat, tp sy tak nak sbb sy tringin nk tgk hasil keje sendiri, hehehhh. Sy siapkan mini pelamin ni 2 hari sebelum hari nikah. Saya siap tertido  dpn pelamin ni selepas siap pasang semua (nak kata sayang nye lah kat pelamin buatan aku nih hee) Oh ya, fyi, majlis nikah saya buat kat rumah, x buat kat masjid cam kebanyakan org buat sbb majlis resepsi dh buat kat msjid (dewan masjid), so my parents nak biar ada la jugak majlis kat rumah, so sbb tu la saya gigih men DIY mini pelamin ni, kasi nmpk meriah sikit dlm rumah kan. And mmg mlm tu sgt meriah. Rindu nak ulang semula moment tu..so the second n third picture tu la mini pelamin saya.  Sorry setakat ni sy x dpt semua gmbr lg drp OP sbb tu bagi gambar x brapa nak full n jelas sgt but I guess u guys boleh imagine rupa mini pelamin saya tu kan?hihi..bkn apa, kalau x review skrg, nt basi. Jadi sy letak je dulu mana2 gambar yg ada.


Last but not least, sy suka mini pelamin saya walaupun ia x secantik n se perfect spt yg RDB buat, hehe,yg penting, kenangan yg terpahat tu terlalu manis utk sy simpan n ingati smpai bila2.


p/s : gambar ke-4,5 n 6 tu gmbar 'pembikinan' crepe paper flowers. Owh, sgt rindukan saat2 men DIY benda alah tu semua.


Love,

Nina Isofea


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, August 3, 2012

Review 4: Baju Akad Nikah

Assalam n hii everyone.

Ok review pertama,kedua dan ketiga sy dah combine dlm satu entry (entry ttg hijab+veil, makeup dan HB) . Kali ni nak share tentang baju akad nikah kami. The theme colour of our Solemnization ceremony was Dusty Grey+Shocking Yellow. Dan yg Dusty Grey adalah warna tema utk pakaian kami (the Pengantin) pada malam itu.


Saya mulakan dgn baju saya terlebih dahulu. The kain was bought at Jakel Jln TAR. (the most popular venue among b2bs right?) and the hunting of that kain was actually started one and a half year before our wedding. Lama x?hihi, punya la susah nak jumpa yg berkenan di hati. I kept on hunting until November 2011, baru lah jumpe yg berkenan. Design nya simple shj, I mean the beadings. Simple tp it really caught my eyes at the first time I saw it. Dan the colour, mmg colour yg saya cari2 selama ni, which is dusty grey. And yg paling best, design beading yg mcm tu ada satu je. Dlm kata lain, limited edition punye kain la,hihi. Kalau yg corak lalang beaded tu mmg dh keluar drp list awal2, sbb kain cmtu dh ramai sgt org pakai, hihi. (Sy ni mmg jenis x suka sgt baju yg sama dgn org, bab lain xpe lg, jgn baju je, hihi, ampun kan saya), plus kain tu dah lama, sejak 3 tahun lepas lagi, n why not I grab something yg new kan? Saya pun apa lg, terus grab. Setelah menunjukkan design baju saya, the SA said I need 6meters semuanya(Sy punya baju nikah ada train yg sedikit meleret di bhgian belakang kain) Material kain ialah beaded chiffon silk yg sememangnya semua org tahu kain jenis ni sgt flowy n cantik bila terletak di tubuh. Then utk lining, saya ambil 4meter kain satin dgn warna yg senada dgn kain chiffon beaded tadi. After dah siap beli kain, dah tentu nak hantar kat tailor kan? Utk tailor baju nikah ni saya xde masalah sbb saya dah awal2 booking aunty Mee King to be the tailor of honour, hehehh. Why her? Sbb sy dh byk kali tempah baju dgn dia, baju masa Konvokesyen dulu pun tempah dgn dia dan dia mmg jahit dgn baik sekali! Memang sedap dipakai n ikut ukuran badan kita. Saya g hantar kain nikah ni pada Disember 2011 dan siap pada April 2012 (a month before my wedding) 4 bulan utk siap, agak lama jugak tu kan?hihi, sebenarnya, yg ambil masa lama sbb nya ialah saya sendiri. Yela, saya kerja di Kuantan dan aunty tu duk di Besut, Terengganu (my hometown), and saya jarang balik, so aunty terpaksa tunggu sy balik fitting dulu baru boleh siapkan semuanya..that is why baju siap April 2012. Tp xpe sbb sy mmg percayakan aunty tu punya kerja dan mmg ternyata apabila siap, hasilnya sgt berpuas hati di pandangan mata saya. Sekali je fitting dan lepas tu xde mslh dah. Alhamdulillah, ia terjadi seperti yg saya mahu. Kos upah jahit = Rm 350. Kos kain = 980 ( kain utk both lelaki dan perempuan). Apa yg saya boleh kata ialah, saya sgt suka kan baju ini!Oh ya, saya buat kurung moden utk baju nikah ni (padahal plan asal nk buat cam jubah dress ala Arab, tp last2 x jdi sbb rasa cam kurung moden lg cantik je,hihi  Dan of course this baju will b 'recycled' as my baju raya nanti!hihi.


Ok utk baju husband pulak, materialnya adalah Dutches. Kain Dutches ni mmg cantek bila dibuat baju nikah utk lelaki n kualiti nya xperlu dipertikaikan lagi lah, cewahhh! Sbb ia nmpk terletak elok je kat badan si pemakai. Mula2 nk amek satin biasa je utk buat baju nikah suami, tp after discussing with husband (masa g beli tu, status tunang lagi, hihi), we had decided not to choose satin for the baju melayu material sbb bila tanya SA, dia kata Dutches is better sbb kualiti bagus (rege ponnnn 'bagus' jugak, hehe) dan SA tu ckp lg, kebanyakan artis, guna Dutches buat baju nikah. Eceh, feeling retis lak husband saya.hihi. Tapi, the fact is we chose Dutches bcoz of its quality la sbb suami pun nt recycle baju ni jgk utk raya. =) . Oh ya, utk baju nikah suami, kami x buat baju melayu, tp buat cam jubah paras lutut, sbb tu if u see the pictures above, suami x pakai sampin pun, tp ada pakai kain selempang kat bahu dia. Tp suami saya pd mlm tu, nervous agaknya sbb tu kejap2 ada kain selempang tu kat bahu dia, kejap2 dia letak kat bawah, hihi.Konon2 nk buat ala Arab, tp x mjadi sgt sbb baju saya xde konsep Arab langsung, hehhh. Yg konsep Arabnya dah ter 'pergi' pada bridesmaid-bridesmaid saya pd mlm akad nikah tu (nt cita panjang kat entry khas psl bridesmaids). Tapi apapun, sy rasa suami sy hensem sgt pd mlm itu!hihihhh. (semua isteri pun akan ckp suami dia hensem) .Kos utk jahit baju suami ialah RM 150. Dan tailor adalah drp his hometown, is Sg Petani.


Walaupun konsep Arab x berapa nk menjadi, overall, kami suka dgn baju nikah kami! ;-)


P/s : hanya 4 gambar terakhir shj gambar drp OP selebihnya gambar drp mobile phone sedara mara. Sbb sy belum dpt lagi kesemua gambar drp OP ;-). So sy up je dulu mana yg ada.


Love

Nina Isofea


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, August 1, 2012

60 hari hidup bersama







Assalamualaikum semua.

Lamanya x update blog, blogwalking apatah lg. Benar kata org, life after married really requires much much more commitment than before and I am enjoying every moment of it apatah lg bila kami x perlu LDM lagi. Alhamdulillah.Oh ya, review utk wedding masih tertangguh sbb kali ni nak share pengalaman 60 hari menjalani kehidupan bersama kekasih halal.

29 Julai 2012, genap 2 bulan we live together as husband n wife. Byk perkara baru yg saya belajar spjg 60 hari ini dan lagi manis, saya dan suami semakin dpt mengenali hati budi masing2 dgn lebih dekat. Yela kan, org kata, tempoh 5 tahun pertama dlm sesebuah perkahwinan adlh tempoh 'bersuai-kenal' dgn suami kita eventhough kita dh bercinta bertahun2 lama nya, ia tetap x sama bila dah kawen ni. Ya, byk beza. Dulu ada batas, sekarang dah xde batas, semuanya halal. Alhamdulillah. Halal itu mmg indah. Dulu boleh main ckp suka hati, skrg kena sentiasa jaga hati suami dan selalu buat dia senang hati.Dulu boleh buat keputusan sendiri, skrg semuanya kena minta izin suami. Kalau dulu tido sorang2, sekarang dah ada teman. Dan mmg byk lagi lah beza nya dan semua tu satu pengalaman baru dan menyeronokkan buat saya!

And yes, adapting to a new life n new status does take a lot of time. And i really need to be wise in managing my time. Masa utk kerjaya dan juga masa utk rumahtangga.

If someone asked me ; "how's ur married life so far?"

My answer is ; "great!"

Ianya satu perjalanan hidup yg sgt indah spanjang 60 hari ini. Gaduh2 manja tu biasa la kan. Tipulah kalau xde langsung dan itulah yg lebih mengeratkan hubungan suami isteri,betul x? Dan benarlah bahawa sebuah hubungan yg halal itu sgt besar rahmatnya. I am pretty sure that my life now is better than before. Sbb nya suami yg byk menyumbang ke arah menjadikan sy yg lebih baik. Antara rahmat yg sy dpt setelah berumahtangga ialah :

1. Saya belajar utk menguruskan masa dgn sebaiknya krn sy seorang isteri yg bekerjaya. Penat mcm mana pun balik drp kerja, saya latih diri utk memasak walaupun hanya tinggal berdua. Saya belajar utk tidak mengeluh krn letih bekerja or whatsoever (walaupun hakikat nya sgt letih) saya sentiasa cuba belajar utk tidak lokek senyuman dgn suami.

2. Sentiasa ada Imam dalam solat saya. Seperti yg pernah sy sebut dlm entry sebelum ini, solat dgn berimamkan suami adlah antara perkara pling indah yg berlaku dlm hidup saya.  Sgt indah!

3. Saya ada 'tok guru' mengaji. Ini juga satu pengalaman berharga dan salah satu masa berkualiti bersama suami. Kalau dulu, sy boleh dikatakan liat n jarang mengaji, tapi Alhamdulillah, skrg ALLAH hantar kpd saya seorang guru mengaji yg hebat untuk saya. Terima kasih suami sbb dgn 'paksaan' dan didikan mu, saya lebih dekat dgn Maha Pencipta. Kamu bukan shj seorang suami yg hebat, tp kamu juga guru dan pemimpin terulung buat Nina.  Dan lebih bermakna sbb kali ni pertama kali menyambut Ramadhan sbg suami isteri, sy sgt teruja melakukan tadarus bersama suami pada tiap mlm Ramadhan. Ini bkn tujuan riak dgn ibadah yg kami lakukan, tp ianya hanya satu perkongsian sbb semua ini pengalaman baru buat saya dan suami.

4. Suami byk mengajar saya erti sebuah kematangan. Erti sebuah kesabaran. Walaupun suami saya lebih muda, dia lah sebenarnya yg byk mengajar saya dan membentuk saya utk jadi lebih matang dan sbr menghadapi cabaran hidup.

5. Tolak ansur. Berkahwin juga mengajar kami utk saling bertolak ansur. Alhamdulillah sy dikurniakan seorang suami yg sgt memahami dan bertolak ansur. To tell u the truth, most of the time during this fasting month, yg bangun menyediakan sahur ialah suami saya. Saya hanya bangun dan makan shj. saya mmg agak susah utk bangkit sahur *my bad* tapi bila saya tanya suami kenapa x kejutkan saya biar saya yg bangun sediakan semuanya? Dia hnya menjawab : "Nina dah penat memasak utk berbuka, dgn kerja lagi, utk sahur biarlah abg yg buat, kita bahagi tugas biar sama2 penat" . He is such a sweet husband,  a very helpful one. Satu rahmat yg besar bagi saya. Terima kasih ALLAH

Hmm, kalau nak diceritakan semua x habis rasanya sbb terlalu byk rahmat drp sebuah perkahwinan itu. Doa saya semoga perkahwinan ini sentiasa dlm redha ALLAH dan dijauhkan kami drp hasad dengki dan khianat manusia. Semoga kami dpt membina keluarga yg sakinah, dan semoga kami kekal bercinta hingga ke syurga sana.

And yes, the journey keeps going on and on!  And we are happily travelling n exploring  this life together!

Love

Nina Isofea

Published with Blogger-droid v2.0.2

The Most You Like It

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog is Protected. Copyright 2012 © Design By sarahhernyzar