Monday, October 28, 2013

Cerita Aidiladha

Assalamualaikum semua..hari ni mood rajin, up 2 entry dlm masa 1 hari. Okla, since ramai duk cerita kisah Aidiladha kan, maka Nina pun tak nak ketinggalan. Hihi. Tapi mcm malas nak taip byk2...nk letak pic je . Boleh? Aidiladha 1434 Hijrah disambut sederhana oleh Nina, suami dan keluarga. Kali ni kami beraya di kampung Nina kat Terengganu. Cuti 5 hari so memang manfaatkan sepenuhnya utk spend masa dgn family dan adik beradik. Husband kalau tiap kali Aidiladha mmg dia seronok sebab dia paling suka mkn sup daging kan. Apatah lagi kalau Aidiladha daging fresh2 lagi lah cun. Paling seronok juga kat kampung tgh musim hujan, syok gile tido malam..Sejuk...and i love the smell of my kampung! Lain mcam tau bau kampung dgn bandar nih.

Okla malas nak cerita panjang kita layan gambar jom. (kalau ada yg rasa muak tgk Nina byk letak pic dgn husband, silalah cpt2 klik 'X' kat penjuru kanan anda ya) Bukan apa, ada sesetengah org tu dia tak suka kita asik upload gambar kita dgn husband (like I always do).kalau tak suka, janganlah tengok kan? Will write an entry about this later. Hayyoo..benda gini pun nak jadi isu. Oklah jom layan gambar sat

Otw balik kampung. Eleh drp Kuantan ke Jerteh je ponn.kihkih. Tapi haruslah happy kan sebab berdua dgn yg terchenta.


Sebelum balik jupe mak ayah, Nina singgah Kuala Terengganu dulu, berjumpe dgn budak paling comel kat dunia nih! Qaseh Qaisara. Acara wajib bila Mama jumpa budak ni ialah photoshoot session. Beriya Mama kejut dia awal2 pagi, pakaikan dia cantik2, setting props semua then snap snap snap! ini budak comel.


senyuman yg bisa mencairkan hati. Arghh







semoga menjadi anak yg cantik akhlak dan peribadi ye sayang


Happy us


Sehari sebelum Raya. Penat seharian di dapur sebab masak sorang2 je. Nasib baik ada suami yg baik hati tolong urut kaki yg lenguh.Kakak and adik x balik lagi masa ni. Masak rendang dan ayam kurma plus nasi impit. Gambar lupa nak snap.


Pagi raya. And 1st pose di pagi raya. Pls excuse my sememeh look masa ni cpt2 pakai shawl sebab nak bergambar sgt kan. Tema kami ialah Bronze.


tak sempat bergambar dgn ayah. sibuk sangat beliau hari tu.


Qaseh awal2 kena culik kat mama and papa nk bergambar


Qaseh yg manis dgn mama nya yg manis juge kann? hikhik. Shawl from radiusite. (sempat lagi promote haha)


Pretty baby with handsome daddy. Auw Qaseh seksiiii..nampak panty gambar princess tuuuuu


Mom's garden. tempat paling mendamaikan utk lepak2 di ptg hari.


Qaseh dgn kakak Erina. Kakaknye pun ber-Radiusite jugak. Dan Qaseh..knapa buat muka super duper comel tuuu? Geget kang.

Masa utk bercinta 


Selepas sesi meminta ampun dan maaf. hihi.


My all


Syurgaku

Lepas habis cuti beraya, balik ke Kuantan dan menjalani hidup seperti biasa, berdua bersama suami tercinta. kihkihkih.

Ok that's all huns! Bye.

Love
Nina Isofea



















Suami korang pemalas tak?

Amboiii tajuk.... kemain kan. oh btw Assalamualaikum and hai semuaa.. apa habaq ampa semua..hrp sihat la noh. Ok ni rentetan drp blog Aty Fared pasal topik suami kita ni pemalas tak? Mcm best je isu yg Aty bangkitkan ni. So Nina pun nak share jugak lah pasal ni serba sedikit.

Pertama sekali, mcm yg Aty ckp, suami kita ni bukan malas tapi KURANG RAJIN sebenarnya. And laki ku pulak bagaimana? Okla senang cerita, suami Nina ni Nina boleh kategorikan sebagai rajin lah jugak. Kenapa? Sebab dia memang tak reti duk diam kalau ada kat umah..ade je kerja rumah yg dia nak tolong buat. Kalau ada yg baca entry Nina di awal perkahwinan kami dulu Nina pernah cite yg husband Nina paling rajin basuh baju. Bukan guna mesin tapi guna tangan. Dan alhamdulillah sampai skrg kerja membasuh baju adalah kerja hakiki beliau. hihi. Kadang2 rasa bersalah tgk dia berpeluh2 basuh baju. Yela guna tangan okey...guna tangan.. Tapi memang x boleh nak buat apa sebab dia kata dia suka basuh baju guna tangan sebab dia boleh keluarkan byk peluh melalui itu. Masa mula-mula kahwin dulu mak Nina selalu membebel sebab biarkan suami basuh baju dgn tangan pulak tu. Tapi by now mak ayah dah faham yg itu adalah kehendak dia sendiri..bukan Nina 'dera' suami hokay. hehe. Dan mak ayah asyik puji je la menantu dia tu..kembang semangkuk la ye abang, hihi. Daripada kerja merendam, membasuh, rendam pulak dalam Downy,menyidai dan mengangkat kain memang suami yg buat.Part Nina melipat dan menggantung serta iron baju-baju tu semua. And to be honest, rasa ringan sangat beban kerja rumah. Dulu masa mula2 kahwin, kalau suami basuh baju kaler putih, part menila mesti dia kasi kat Nina tapi sekarang lps Nina ajar cara menila pakaian dgn betul agar tak bertompok2, tak biru sangat etc, dia dah cekap gile menila pakaian putih dgn cantik sekali. Sebenarnya husband Nina ni sejak bujang dulu lagi memang basuh baju sendiri. Mak mentua pun ada cakap yg dia ni sangat cerewet bab basuh baju sebab tu dia lebih suka basuh sendiri dan dia ni sangat lah pembersih orgnya.

Walaubagaimanapun....masih juga ada beberapa perangai dia yg kekadang buat si isteri ni hangin-hangin manjeee..contonya kalau lepas solat, kain pelikat dan sejadah dia tinggal kat lantai macam tu je..(tapi berlipat la). Cuma nya Nina ni mata jenis cepat semak kalau tiba2 ada sejadah/kain pelikat. kat lantai kan. Tapi takpelah si isteri sabar dan tabah mengutip dan meletakkannya ke tempat yg sepatutnya. Kata isteri solehah kannn...Tapi kadang2 bunyik la jugak slow2. kikiki. Lepas tu kalau balik kerja or balik jogging dia suka nau campak aje stokin nye merata2. Huhh..menguji kesabarn lagi. Tapi takpe...sabar je daku kutip..Sama juga kalau lepas dia ambil wax rambut ke, deodoran ke, sesuka hati je En sayang I tu letak merata, tak letak kat tempat yg sepatutnya..tapi takpe....si isteri kutip sambil senyum...Begitu juga kalau baju yg kita lipat elok2, susun ikut warna tiba2 dia main tarik je baju dalam laci lepas tu tak jadi pakai dia sumbat je dalam laci. Tapi takpe.....isteri bertabah ambik dan lipat elok2 semula..

Tapi...tu semua terjadi masa awal2 kahwin dulu...suami sepahkan, isteri kemaskan, suami teraburkan, isteri susunkan..Sekarang dah masuk tahun kedua perkahwinan kami, Alhamdulillah, dah takde perangai tu semua..Lepas solat dia pandai letak sejadah elok2 kat tempat sepatutnya, balik jogging dia terus rendam stokin, lepas pacak-pacakkan rambut or lepas pakai deodoran, dia letak semula brg2 tu dalam laci. And bila ada perubahan positif cmtu, si isteri senyap je tak cakap apa2, cuma boleh bersyukur dan dpt buat 1 kesimpulan iaitu kaum suami ni, kita jangan banyak bunyi. Dlm erti kata lain jgn membebel kat dia..Biar dia berubah sendiri. So Nina buat hipotesis yg agaknya dia tgk isteri dia bertabah je kemas dan kutip apa yg disepahkan tu lama-lama dia rasa somehow bersalah kot. hihi. Lega sangat!

Mungkin tahun pertama tu dia pun masih nak adapt dgn byk benda baru kan. Mana tak nya Nina ni jenis cpt semak mata. Tgk laptop duk terbongkang kat tengah2 ruang tamu pun rase semak gila kan. Suami pulak kaki game..memang bertabah ku hadapi nya.Dan sekarang dia pun dah kenal dengan perangai 'cepat semak mata' isteri dia ni so dia pun automatik jadi pengemas. And dia siap bagi gelaran Mrs 5s kot kat bini dia ni. semua benda nak tersusun. Normal lah kan kaum isteri?

Kalau bab masak pun suami Nina rajin. Tapi tapi tapi..memang seboleh2nya ku tegah dia drp memasak..sebabnya lps memasak macam tongkang pecah la dapur ku, hihi. standard lah org lelaki kan..kelakar bila ingat bab ni. Kalau nina nampak je dia masuk dapur and bunyi ketung ketang senduk kuali kat dapur, cepat je Nina ke dapur dan cakap; "abg nak masak apa ni..meh Nina msak, abg g tgk tv or main game ke, abg order je nk mkn apa Nina buat" walaupun waktu tu bdan dah flat gile ke apa..memang ku sanggup asalkan jangan dia porak perandakan dapur ku. kihkih..lagipun bukan masalah besar sangat stakat nak masak, memang tugasku setiap hari pun. Hihi. Oh ya suami ku ini bukan jeni yg suke 'order' je drp bini dia. Kalau dia tiba2 nak makan megi tgh2 malam, dia tak byk cakap terus ke dapur buat megi. Tgk2 dah siap utk kite sekali.

DAN..dia jugak rajin basuh pinggan.. tu kelebihan di sebalik kekurangan suka sepahkan dapur tadi. kikiki.. Bab kemas rumah pun dia rajin. Kita tak perlu cakap pun tiba-tiba tengok dia sapu lantai, mop lantai. Paling dia rajin ialah cuci tandas dan bilik air..wangi sentiasa. Dan sangat rajin merendam bedsheet, pillow cover dan towel. Sebulan ada lah 2-3 kali dia kutip rendam dan basuh. Kagum jugaklah dgn  laki aku ni.  Dan yg penting both suami and isteri happy sebab rumah kemas cantik tersusun.. Haruslah kan..dah kata Rumahku Syurgaku. Oh by the way entri ni bukanlah bertujuan nak bangga2 dan syok kat laki sendiri ye..Just satu perkongsian sebab suami Nina pun tak perfect juga, masih banyak kekurangan yg perlu diperbaiki.Dan ianya ditulis sebagai satu penghargaan buat suami yg rajin menolong kita (i know he's reading my blog) so here's a token of appreciation to you hubs! Terima kasih sebab banyak sangat membantu dalam hal kerja rumah walaupun abang penat bekerja, penat travel.

Apa-apapun....saya percaya, dalam rumahtangga ni banyak sangat ilmu yg kita kena sama2 pelajari, sama2 terokai.. sebab apa? HAPPINESS IS NOT A DESTINATION, IT IS A JOURNEY. Belajar untuk terima kekurangan suami/isteri kita itu adalah cara terbaik utk mewujudkan sebuah rumahtangga yg harmoni.Dan..jgn lokek utk ucapkan terima kasih pada pasangan kita even dia hnya menghulurkan pertolongan yg kecil. Ambil lah kekurangan pasangan kita tu sebagai satu keunikan yg tak ada pada orang lain. Setuju?


Dia tak punya harta berjuta tapi padanya ada SYURGA

Semoga menjadi bapa yg terbaik juga nanti. InsyaALLAH


I love you Mr Handsome (bukan Mr. Arrogant yee)



Love
Nina Isofea





Sunday, September 29, 2013

1st Wedding Anniversary Photoshoot

Assalamualaikum semua..apa habaq? harap semua sihat la noh. Hihi. Mood rajin nak update blog malam ni sambil menunggu ketibaan Yang Berhormat suami tiba daripada Kedah. Seminggu tak jumpa rasa mcm sebulan! Rindu yg amat. Tidoq tak lena, hati resah gelisah. Gitew.

Nina nak share sikit gambar-gambar masa buat photohoot 1st anni tempoh hari (30.5.2013). Hari tu ada entry teaser je kan. Ni nak tepek banyak sikit gambaq. Tapi takdak la banyak sangat noh. Penat jugak chek nak pilih drp beratuih gambaq tu. hehe. Ni antara favourite shots. Nak kira fav, semua gambaq pun fav heheh.

Kami memilih Precious Moment Photographer untuk merakam saat indah itu. hihi. Kenapa pilih PMP? Sebabnya setelah meneliti hasil kerja diorang kat FB dan IG, Nina and husband rasa jatuh hati sangat dengan shots diorang. Cantik dan sharp! Mula2 nak shoot sendiri je . Husband nak shoot. (macam 2nd pre wedd photoshoot dulu) tapi after discuss2, husband kata nak rase org lain shoot pulak. hihi.

Kami telah memilih army theme utk photoshoot kali ni, Ini idea drp suami. Sebab Nina takde idea sangat untuk tema kali ni .Memang ada mcam2 tema kan, picnic,vintage, etc..tapi Nina rasa mcam dah common sangat. Luckily hubs got an excellent idea for this. Dan x susah pun tema ni. Cari outfit je .Asalnya both of us nak pakai army printed pants tu tapi yg husband punya takde size . So beli tshirt je utk dia dan Nina pakai army printed jegging. Ok je kan sebab still nampak sedondon .=) Oh ya, kami xde props pun sebab tak sempat nak buat. Sobs. Next year punya anni photoshoot akan ku pastikan ada props. =)

Tempat pulak kami serahkan pada OP nk buat kat mana. Setelah dia diberitahu tema kami, the OP bawak kami ke Taman Orkid (kalau tak silap lah nama nya. Lupa dah). Tmn orkid ni nmpk cam jungle, pandai OP pilih tempat and the best thing was, masa upload pics kat IG dan FB, ramai kawan tanya cmni : 'kat mana ni?mcm kat oversea' . Hehe. kelakar okeh. Kat Shah Alam je kawan2..Abang Ngah Nina pun igt oversea.. (la ssssangat kan) Eh jom la layan gambaq sikit. (malas nak letak watermark boleh?)

















Cukup je la setakat ni dulu ye. Ni pun kemain lama loading tau dak. hihi. Nak tgk lagi, mai umah kami na. Dalam frame ada, dalam album ada. Hihi. InsyALLAH akan kami jadi kan tradisi utk buat photoshoot pada setiap kali ulangtahun perkahwinan ini. InsyaALLAH..Kenangan yang tidak ternilai buat kami. Sebagai tanda penghargaan di atas ikatan perkahwinan yang indah ini. *ecece*. Terima kasih ALLAH di atas kasih sayang ini. Terima kasih Allah di atas nikmat bahagia ini.

And the Prophet (pbuh) said : "there is nothing better for two who love each other than marriage"(sahih Al-Jami')

Love
Nina Isofea







Thursday, September 19, 2013

Kisah Syawal 2013

Assalamualaikum semua.. Alamak lama betul x jenguk blog. Memang busy tahap menteri pelajaran sungguh sejak kebelakangan ni. Ok la straight to the point, entry ni nk bercerita kisah raya tempoh hari. Hihi. Biarlah terlambat , tak kira, nak update jugak cerita raya yg best ini. Haha.

Alhamdulillah ini Syawal kali kedua beraya sebagai status isteri kepada suami yg hensem itu. Hihi.(haruslah puji laki sendiri kan). Macam tahun lepas, Raya tahun ni raya pertama kat Kedah. Kami takde sistem 'giliran'. sebab Nina bagi can kat suami beraya pertama bersama mak abah sebab dia je satu2nya anak lelaki dlm family tu. Lagipun Nina tak kisah sebab lps tu boleh beraya lama sikit kat Kg. Nina kan. Raya ketiga baru bergerak balik Terengganu  =). Tanpa membuang masa jomlah kita tgk gambar. (masih mencari2 ayat nak menulis. Rasa kekok nya lahai lama x menulis. tskk). Ehh chopp..entry ni bukan stakat cerita kisah raya pertama kedua ketiga keempat je tau..ni kisah SEBULAN di bulan Syawal. *hambik kauu* hihihi

 Raya pertama : pakwe dan makwe ni sedondon dalam persalinan bertemakan mint green + baby pink. Oh jgn tak percaya ye yg lace kat baju Nina tu husband yg jahitkan.. haha. Tapi suami ahkak tak lembut tau..still lelaki sejati yg gagah perkasa. Sebakul mak Nina membebel sebab x pandai menjahit hehe. Tapi nak buat mcm mana..mmg tangan ni 'keras' sikit bab jahit. senget benget habis semua. Thank you abang... Oh cmana boleh jadi cmtu? kisahnya bila Nina hantar lambat kat tailor..lps tu tailor dh mls nk layan . Dia sanggup jahit kurung moden plain ja..Nina pun memang gelabah katak la. Last2 husband ckp : abang rasa abang boleh patchkan lace tu la..mcm senang je. heheh, memang senang pun tapi daku ni mmg fail bab pegang jarum n benang tahu tak. Sebab tu la hamba sayang sangat kat suami hamba ni. Serba boleh! Baju melayu husband beli kt Gene Martino je. Ngam2 kaler sedondon dgn baju Nina  =) . Shawl drp Radiusite. Best! sebab shawl ni tutup dada. 


Sesi minta ampun dan maaf kat suami lps tu ulang balik perangai kann hehe. dapat duit Raya, dpt kiss Raya jugak . theee


Beraya keliling kampung ke rumah nenek dan nenek2 saudara. Best gile ok sebab kat sini memang betul2 suasana kampung. Suami pun sampai tertanggal dah sampin. 


adik2 dan kakak ipar. argh kependekan terserlah.


baby Asfa dan Mama Nina


baby Fahim


Raya kedua in Mustard theme. Lace dress + tudung Bawal .


ready to attend open house. Duk kat Kedah ni asik g open house je, memang x lekat kat umah


Posing manja2 at Makcik Ila's =)


SIL; Alya.


Mak tersayang. Masa ni beraya kat rumah Maksu

Penghujung Raya kedua: g mall repair phone husband last2 dua2 lenguh kaki byk sgt berjalan. hihi

Raya ketiga . bergambar dulu dgn in laws sebelum bertolak balik Terengganu. Tema raya ketiga : Black+Purple
Abah beriya mengajak menantu nya bergambar. so comel!Shawl Durra from Radiusite.

On the way balik Terengganu. Muka En Abang boring ngadap jem. 

Stim nya lahai mata org kt sebelah tu...tema purple hitam x brapa nk nmpk kat baju hubs since stripes tu haluih sgt hehe.

Raya keempat. Hah? Pakai baju sama? Yaa memang betul....Al kisahnya raya ketiga tu kami sampai Terengganu lewat sgt2 dek kerana jem yg melampau. Sampai dah lewat and tetiba ada cousin call dia kata nak bagi penginapan percuma kat Bukit Keluang Beach Resort. Kami pun apalagi kan memang xlepaskan peluang la. Best jugak penat2 jln jauh dpt tido kat resort. Feeling honeymoon gitew. hiks. So, disebabkan letih tu kami belasah je 'recycle' baju semalam punya. lagipun semalam pun duk dlm keta je kan..ber air cond kan. takde la busuk nya pon. hee. Lps check out mak dan kakak Nina bagitahu nak g picnic kat Pantai so kami terus bergerak drp Resort tu dgn baju raya g pantai, Hihi.
Melepaskan rindu pada emak yg disayangi
Ayah yg terpaling Nina kasih. Dah putih rambut ayah tapi maintain hensem dan baik hati!
Bersama sebahagian cousins yg ada pada hari tu. Gambar ramai2 x igt ada dalam phone sape. ni je yg ada dlm note nina.


And ohh of course la kena ada gambar bersama pakwe, kwn baik, imam, driver, motivator, dan juga merangkap suami Nina. hihi. I love you very much Abang. Kehadiran beliau dlm hidup sangat memberi makna yg besar dlm hidup Nina. I must say. Alhamdulillah di atas kebahagiaan ini Ya Allah.


Syawal 10. Ahahah.mana pegi pic raya ke 5 hingga ke 9? hehe. ada dlm camera malas nk transfer boleh?ngee. . Electric blue theme. Shawl from Radiusite . By the way Nina ni kipas-susah-mati Radiusite. Hihi. Shawl Radiusite ni best sebab cantik dan paling penting labuh boleh tutup dada


Lepas beraya kami p basuh kereta. Sambil kereta dibasuh kita bercinta. Bila bercinta hati sangat bahagia. Eh macam pantun =)
Our favourite pairs =)
Wee yg ni tak ingat dah raya ke berapa. tapi masa ni ada open house kat housing area kami. Serius nak tergelak tgk diri sendiri dlm gambar ni. Selekehs! malas nak belit2 bagai sebab malam . Yg ingat nya nk mkn byk2 mlm tu hihi. Kami pakai baju raya 1st .

Selfie sikittt =)



Zareen yg comel dan bam bammm. Anak jiran Nina. sgt cute! seronok main dgn dia sampai berpeluh Mama Nina . 



Bulat sgt mata Baby Zareen ni. Jiran2 kata, sesuai jadi baby Nina sebab muka ada iras2. Betulkah?? Ameen..insyaALLAH...nnt Nina dpt baby comel cmni jugak ye? tunggu tahun depan okeyy =)
Lps open house tu husband ajak dating kat Teluk Chempedak. . Feeling sweet couple gitu. *muntahhh* biasa la, kasut faveret kami. Dlm byk2 kasut, kasut ni yg paling suka dipakai oleh pakwe dan makwe ni hehh.




Sambutan Aidilfitri kat Kolej. Muka bulat vs muka bujur




Selfie lagi sebijik hiks. Shawl Eva from Radiusite


Balik keje pakwe ajak teman dia jogging. Takleh berenggang taw pakwe I ni..nk jogging pun berteman. And si makwe x jogging ke? hhuhu. makwe xleh jogging..leh jalan2 manja je..



Takkan terpisah. Sayang dia ni sangat2 .




Tak ingat dahhh raya ke berapa ni. tapi nk upload jugak. hehe. posing manja sikitt.
My love. My life. Seronok beraya dgn kehadiran insan ini.

Last but not forgotten Raya kali ni juga sgt bermakna sebab ada si comel baru dlm Kluarga kami; anak adik Nina. Si comel dan si gebu Qaseh Qaisara.


Si putih gebu


Si comel


Beautiful baby

Rase nk geget je ini budak tahu tak

adorable

lovely







Beautiful eyes

Ok rasanya cukup setakat tu dulu. hehe tak larat nak upload gambar dlm note ni saje ponn dah beriban hehe. For more updates, follow my IG nina_isofea utk byk lagi gambar2 menariks. *muntahhh* ok honey till then . Bye!

P/s : Husband, I love you...sejak dua menjak ni makin menjadi2 rasa sayang nih. auw. (cptla baca entri ni wahai suami) heee....bodek lebih sikit ni. Bodek dgn harapan dapatlah dot dot dot itu..*lariii*


Love
Nina Isofea

















































The Most You Like It

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog is Protected. Copyright 2012 © Design By sarahhernyzar