Monday, October 28, 2013

Suami korang pemalas tak?

Amboiii tajuk.... kemain kan. oh btw Assalamualaikum and hai semuaa.. apa habaq ampa semua..hrp sihat la noh. Ok ni rentetan drp blog Aty Fared pasal topik suami kita ni pemalas tak? Mcm best je isu yg Aty bangkitkan ni. So Nina pun nak share jugak lah pasal ni serba sedikit.

Pertama sekali, mcm yg Aty ckp, suami kita ni bukan malas tapi KURANG RAJIN sebenarnya. And laki ku pulak bagaimana? Okla senang cerita, suami Nina ni Nina boleh kategorikan sebagai rajin lah jugak. Kenapa? Sebab dia memang tak reti duk diam kalau ada kat umah..ade je kerja rumah yg dia nak tolong buat. Kalau ada yg baca entry Nina di awal perkahwinan kami dulu Nina pernah cite yg husband Nina paling rajin basuh baju. Bukan guna mesin tapi guna tangan. Dan alhamdulillah sampai skrg kerja membasuh baju adalah kerja hakiki beliau. hihi. Kadang2 rasa bersalah tgk dia berpeluh2 basuh baju. Yela guna tangan okey...guna tangan.. Tapi memang x boleh nak buat apa sebab dia kata dia suka basuh baju guna tangan sebab dia boleh keluarkan byk peluh melalui itu. Masa mula-mula kahwin dulu mak Nina selalu membebel sebab biarkan suami basuh baju dgn tangan pulak tu. Tapi by now mak ayah dah faham yg itu adalah kehendak dia sendiri..bukan Nina 'dera' suami hokay. hehe. Dan mak ayah asyik puji je la menantu dia tu..kembang semangkuk la ye abang, hihi. Daripada kerja merendam, membasuh, rendam pulak dalam Downy,menyidai dan mengangkat kain memang suami yg buat.Part Nina melipat dan menggantung serta iron baju-baju tu semua. And to be honest, rasa ringan sangat beban kerja rumah. Dulu masa mula2 kahwin, kalau suami basuh baju kaler putih, part menila mesti dia kasi kat Nina tapi sekarang lps Nina ajar cara menila pakaian dgn betul agar tak bertompok2, tak biru sangat etc, dia dah cekap gile menila pakaian putih dgn cantik sekali. Sebenarnya husband Nina ni sejak bujang dulu lagi memang basuh baju sendiri. Mak mentua pun ada cakap yg dia ni sangat cerewet bab basuh baju sebab tu dia lebih suka basuh sendiri dan dia ni sangat lah pembersih orgnya.

Walaubagaimanapun....masih juga ada beberapa perangai dia yg kekadang buat si isteri ni hangin-hangin manjeee..contonya kalau lepas solat, kain pelikat dan sejadah dia tinggal kat lantai macam tu je..(tapi berlipat la). Cuma nya Nina ni mata jenis cepat semak kalau tiba2 ada sejadah/kain pelikat. kat lantai kan. Tapi takpelah si isteri sabar dan tabah mengutip dan meletakkannya ke tempat yg sepatutnya. Kata isteri solehah kannn...Tapi kadang2 bunyik la jugak slow2. kikiki. Lepas tu kalau balik kerja or balik jogging dia suka nau campak aje stokin nye merata2. Huhh..menguji kesabarn lagi. Tapi takpe...sabar je daku kutip..Sama juga kalau lepas dia ambil wax rambut ke, deodoran ke, sesuka hati je En sayang I tu letak merata, tak letak kat tempat yg sepatutnya..tapi takpe....si isteri kutip sambil senyum...Begitu juga kalau baju yg kita lipat elok2, susun ikut warna tiba2 dia main tarik je baju dalam laci lepas tu tak jadi pakai dia sumbat je dalam laci. Tapi takpe.....isteri bertabah ambik dan lipat elok2 semula..

Tapi...tu semua terjadi masa awal2 kahwin dulu...suami sepahkan, isteri kemaskan, suami teraburkan, isteri susunkan..Sekarang dah masuk tahun kedua perkahwinan kami, Alhamdulillah, dah takde perangai tu semua..Lepas solat dia pandai letak sejadah elok2 kat tempat sepatutnya, balik jogging dia terus rendam stokin, lepas pacak-pacakkan rambut or lepas pakai deodoran, dia letak semula brg2 tu dalam laci. And bila ada perubahan positif cmtu, si isteri senyap je tak cakap apa2, cuma boleh bersyukur dan dpt buat 1 kesimpulan iaitu kaum suami ni, kita jangan banyak bunyi. Dlm erti kata lain jgn membebel kat dia..Biar dia berubah sendiri. So Nina buat hipotesis yg agaknya dia tgk isteri dia bertabah je kemas dan kutip apa yg disepahkan tu lama-lama dia rasa somehow bersalah kot. hihi. Lega sangat!

Mungkin tahun pertama tu dia pun masih nak adapt dgn byk benda baru kan. Mana tak nya Nina ni jenis cpt semak mata. Tgk laptop duk terbongkang kat tengah2 ruang tamu pun rase semak gila kan. Suami pulak kaki game..memang bertabah ku hadapi nya.Dan sekarang dia pun dah kenal dengan perangai 'cepat semak mata' isteri dia ni so dia pun automatik jadi pengemas. And dia siap bagi gelaran Mrs 5s kot kat bini dia ni. semua benda nak tersusun. Normal lah kan kaum isteri?

Kalau bab masak pun suami Nina rajin. Tapi tapi tapi..memang seboleh2nya ku tegah dia drp memasak..sebabnya lps memasak macam tongkang pecah la dapur ku, hihi. standard lah org lelaki kan..kelakar bila ingat bab ni. Kalau nina nampak je dia masuk dapur and bunyi ketung ketang senduk kuali kat dapur, cepat je Nina ke dapur dan cakap; "abg nak masak apa ni..meh Nina msak, abg g tgk tv or main game ke, abg order je nk mkn apa Nina buat" walaupun waktu tu bdan dah flat gile ke apa..memang ku sanggup asalkan jangan dia porak perandakan dapur ku. kihkih..lagipun bukan masalah besar sangat stakat nak masak, memang tugasku setiap hari pun. Hihi. Oh ya suami ku ini bukan jeni yg suke 'order' je drp bini dia. Kalau dia tiba2 nak makan megi tgh2 malam, dia tak byk cakap terus ke dapur buat megi. Tgk2 dah siap utk kite sekali.

DAN..dia jugak rajin basuh pinggan.. tu kelebihan di sebalik kekurangan suka sepahkan dapur tadi. kikiki.. Bab kemas rumah pun dia rajin. Kita tak perlu cakap pun tiba-tiba tengok dia sapu lantai, mop lantai. Paling dia rajin ialah cuci tandas dan bilik air..wangi sentiasa. Dan sangat rajin merendam bedsheet, pillow cover dan towel. Sebulan ada lah 2-3 kali dia kutip rendam dan basuh. Kagum jugaklah dgn  laki aku ni.  Dan yg penting both suami and isteri happy sebab rumah kemas cantik tersusun.. Haruslah kan..dah kata Rumahku Syurgaku. Oh by the way entri ni bukanlah bertujuan nak bangga2 dan syok kat laki sendiri ye..Just satu perkongsian sebab suami Nina pun tak perfect juga, masih banyak kekurangan yg perlu diperbaiki.Dan ianya ditulis sebagai satu penghargaan buat suami yg rajin menolong kita (i know he's reading my blog) so here's a token of appreciation to you hubs! Terima kasih sebab banyak sangat membantu dalam hal kerja rumah walaupun abang penat bekerja, penat travel.

Apa-apapun....saya percaya, dalam rumahtangga ni banyak sangat ilmu yg kita kena sama2 pelajari, sama2 terokai.. sebab apa? HAPPINESS IS NOT A DESTINATION, IT IS A JOURNEY. Belajar untuk terima kekurangan suami/isteri kita itu adalah cara terbaik utk mewujudkan sebuah rumahtangga yg harmoni.Dan..jgn lokek utk ucapkan terima kasih pada pasangan kita even dia hnya menghulurkan pertolongan yg kecil. Ambil lah kekurangan pasangan kita tu sebagai satu keunikan yg tak ada pada orang lain. Setuju?


Dia tak punya harta berjuta tapi padanya ada SYURGA

Semoga menjadi bapa yg terbaik juga nanti. InsyaALLAH


I love you Mr Handsome (bukan Mr. Arrogant yee)



Love
Nina Isofea





No comments:

The Most You Like It

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog is Protected. Copyright 2012 © Design By sarahhernyzar