Sunday, September 29, 2013

1st Wedding Anniversary Photoshoot

Assalamualaikum semua..apa habaq? harap semua sihat la noh. Hihi. Mood rajin nak update blog malam ni sambil menunggu ketibaan Yang Berhormat suami tiba daripada Kedah. Seminggu tak jumpa rasa mcm sebulan! Rindu yg amat. Tidoq tak lena, hati resah gelisah. Gitew.

Nina nak share sikit gambar-gambar masa buat photohoot 1st anni tempoh hari (30.5.2013). Hari tu ada entry teaser je kan. Ni nak tepek banyak sikit gambaq. Tapi takdak la banyak sangat noh. Penat jugak chek nak pilih drp beratuih gambaq tu. hehe. Ni antara favourite shots. Nak kira fav, semua gambaq pun fav heheh.

Kami memilih Precious Moment Photographer untuk merakam saat indah itu. hihi. Kenapa pilih PMP? Sebabnya setelah meneliti hasil kerja diorang kat FB dan IG, Nina and husband rasa jatuh hati sangat dengan shots diorang. Cantik dan sharp! Mula2 nak shoot sendiri je . Husband nak shoot. (macam 2nd pre wedd photoshoot dulu) tapi after discuss2, husband kata nak rase org lain shoot pulak. hihi.

Kami telah memilih army theme utk photoshoot kali ni, Ini idea drp suami. Sebab Nina takde idea sangat untuk tema kali ni .Memang ada mcam2 tema kan, picnic,vintage, etc..tapi Nina rasa mcam dah common sangat. Luckily hubs got an excellent idea for this. Dan x susah pun tema ni. Cari outfit je .Asalnya both of us nak pakai army printed pants tu tapi yg husband punya takde size . So beli tshirt je utk dia dan Nina pakai army printed jegging. Ok je kan sebab still nampak sedondon .=) Oh ya, kami xde props pun sebab tak sempat nak buat. Sobs. Next year punya anni photoshoot akan ku pastikan ada props. =)

Tempat pulak kami serahkan pada OP nk buat kat mana. Setelah dia diberitahu tema kami, the OP bawak kami ke Taman Orkid (kalau tak silap lah nama nya. Lupa dah). Tmn orkid ni nmpk cam jungle, pandai OP pilih tempat and the best thing was, masa upload pics kat IG dan FB, ramai kawan tanya cmni : 'kat mana ni?mcm kat oversea' . Hehe. kelakar okeh. Kat Shah Alam je kawan2..Abang Ngah Nina pun igt oversea.. (la ssssangat kan) Eh jom la layan gambaq sikit. (malas nak letak watermark boleh?)

















Cukup je la setakat ni dulu ye. Ni pun kemain lama loading tau dak. hihi. Nak tgk lagi, mai umah kami na. Dalam frame ada, dalam album ada. Hihi. InsyALLAH akan kami jadi kan tradisi utk buat photoshoot pada setiap kali ulangtahun perkahwinan ini. InsyaALLAH..Kenangan yang tidak ternilai buat kami. Sebagai tanda penghargaan di atas ikatan perkahwinan yang indah ini. *ecece*. Terima kasih ALLAH di atas kasih sayang ini. Terima kasih Allah di atas nikmat bahagia ini.

And the Prophet (pbuh) said : "there is nothing better for two who love each other than marriage"(sahih Al-Jami')

Love
Nina Isofea







8 comments:

Nuha hayati said...

suka!!

Nina Isofea said...

Nuha : tq dear hihi. Suka tang mana tu? Hik

Nanie said...

SWEET sangat. rasa terharu tgk gambar ini.

Nina Isofea said...

Nani : tqvm dear...nina plak yg terharu nani ckp mcm tu. Hugs and kisses for u dear...ketat2!

adventure mama said...

alololo comel..hehe..tak pernah buat photoshoot mcm ni..hubby pemalu org ye..hahha

Nina Isofea said...

Zuraidah : hihi tqvm dear.. xpe..nt boleh try ajak hubby photoshoot..suh dia try dlu skali, pasti nak lagi. Cey cey cey..hihi..

MummyGojez said...

best nyeee.......teringin sgt nk buat photoshoot tapi my hubby sgt pemalu..ermm

Nina Isofea said...

MummyGojez: xpe dear...nt try pujuk2 dia..mana tahu dia nak.hihi..

The Most You Like It

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog is Protected. Copyright 2012 © Design By sarahhernyzar