Monday, January 28, 2013

Apabila Suami Jatuh Sakit

Bismillahirrahmanirrahim..

Ceritanya bermula pd 10.1.13.(Khamis). Abg mengadu dia x larat, sangat letih, dan tulang sendi rasa sakit sangat. Masa tu abg baru sampai daripada Kedah. Bila saya sentuh badan dan kepala abg, memang panas. So masa tu Nina confirm yg abang demam. Hari tu jugak bawak abg ke klinik panel. Dr Nadira check suhu n memang sangat tinggi suhu abg ;39 degree. Doc kata abg demam sebab bengkak tonsil. Balik drp klinik saya bagi abg makan nasi dan makan ubat. Tuam kepala dan lap badan abg. Biarkan dia tidur.

Malam nya tu abg masih kelihatan lesu dan terbaring je. Makan tak lalu. Kena paksa sebab nak makan ubat kan. Dia tak banyak bercakap. Dia cuma ckp kemungkinan sebab dia banyak sangat kerja masa duk Kedah, sebab tu jatuh sakit mcm ni. So xpelah Nina jangka kan esok lusa akan baik lah demam nya. Risau jugak sebab Nina kerja, tak sampai hati nak tinggalkan suami kt rumah sorang2.

Hari seterusnya 11.1.13 (Jumaat) Bangun pagi Nina terus check samada badan abg masih panas atau x. Masih panas tapi tidak sepanas semalam. Maknanya masih demam. Abg kata dia OK dan suruh Nina pergi kerja macam biasa. Nina dh sediakan semuanya siap2 kat sisi abg;makanan, ubat, air, etc. (kami tinggal berdua je). Tapi nasib baik hari Jumaat Nina memang balik kerja awal;12.30tgahri. Balik drp kerja Nina tengok abg masih tidur. Bila sentuh kepala abg, MasyaALLAH panas. Lebih panas daripada pagi tadi. Nina kejutkan abang sebab nak bagi dia makan ubat. Abg ada bagitahu badan dan tulang sendi rasa sakit yang teramat. Nina urut2 badan abg then dia tertidur lagi. Sayu je hati tengok suami begitu. Dia tak ceria langsung. Nak bercakap pun macam x larat. Malam nya tu keadaan masih tak berubah. Kami tidur awal. Malam tu macam biasa lah kalau tidur mesti lah nak cuddle each other kan, masa tu mmg obvious sangat rasa panas badan abg. Tak lena juga la tidur malam tu sebab abg asyik mengerang kesakitan. Sakit sendi kata nya. Serius tak lena tidur. Kesian suami saya =(

Demam abg terus on and off hinggalah 14.1.13. Kali ni saya bawa abg lagi sekali ke klinik panel. Plus semua ubat demam dan antibiotik pun dah habis tapi demam masih berterusan. Dr Nadira check suhu dan suhu abang masih tinggi;39degree. Doc ambil darah abg dan keputusan darah doc akan bagi secepat mungkin pada hari tu jugak sebab doc kata ada something wrong kalau antibiotik dah habis tapi demam masih x ok. Pukul 4.45pm, Dr Nadira call dan bagitahu yang Nina kena bawa husband ke hospital secepat mungkin sebab keputusan darah (bloodcount) abg menunjukkan bacaan yang rendah. Maksudnya bacaan platlet abg rendah.(sedikit) dan ada virus yg sedang 'makan' platlet tu. Doc kata kemungkinan besar virus denggi. SubhanaALLAH. Nina bagitahu abg dan mula2 abang refused untuk ke hospital. Dia tak nak tidur kat hospital katanya. Tapi bila saya pujuk dia berkali-kali, Alhamdulillah, abg setuju, tapi dia nak pergi malam sikit, sebab dia teringin nak beli makanan kat pasar malam dulu. Ok lah, Nina turutkan aje asalkan abg nak pergi ke hospital:-). Setelah pergi ambil refer letter drp Dr Nadira, Nina pun bawa abang ke hospital besar unit kecemasan. Bila doc baca refer letter drp Dr Nadira, doc kat unit kecemasan terus bawa abg ke Observation Ward (Wad Pemerhatian).

Masa dalam wad pemerhatian, Nina sempat temankan abg sekejap je sebab mak guard suruh keluar tunggu di luar dulu. Sedih ok terpaksa tinggalkan suami sorang2 kat situ. Dah la ni first time abg sakit teruk mcm tu lepas kahwin =(. Masa nak keluar tu, abg sempat tarik tangan saya dan pesan :" I Love You sayang..jangan balik dulu, tunggu abg". Damn! Menitik juga airmata masa tu.. (suami ai memang manja sedikit bila sakit,hehe) Masa menunggu kat luar, Nina semoat update status dan ramai kawan2 suggest bagi minum sup ketam sbb sup ketam dipercayai boleh meningkatkan platlet darah. So Nina terus plan esok wajib cari ketam dan buatkan sup. Masa tu jam 11.51pm. Abg sms bagitahu doc masukkan air. Nina suruh abg tidur. Masa terus berlalu masa tu dah dekat pukul 2 pagi. Tiba2 mak guard yg suruh Nina keluar tadi suruh Nina masuk tengok husband. Agaknya dia rimas tengok nina duk mundar mandir ke hulu ke hilir kat depan wad tu yang dia suruh masuk kot. Masa masuk tu abang tengah lena tidur. Tengok dia tidur again rasa sebak dada sebab masa tu terfikir : dia lah suami aku dunia akhirat..sakit dia, sakit juga lah aku. Masa tu macam tak fikir sangat dah orang sekeliling. Terus usap2 kepala abang dengan doa dia cepat sembuh.

Lebih kurang pukul 2.40 pagi baru lah abang dibawa ke wad yg sebenar2 wad. Masa tu memang nekad nak temankan abang kat hospital. Terus sms ketua jabatan inform beliau yg Nina EL. Malam tu both of us x lena tidur. Yela, beralih tempat tidur kan. Nina hanya duduk di atas kerusi di sisi katil abang. Masa tu abang sempat bergurau ; "tak best kan tidur sini, nak peluk2 tak boleh. " hehe saya pun meng-iya kan je lah.(memang betul pun, tidur kat katil rumah lagi la best sebab boleh peluk kuat2, heee). Disebabkan masing2 tak boleh tidur, kami berborak la sampai lebam. Suami asyik duk ajak Nina baring sama atas katil tu dengan dia. Haishhh sempat lagi dia melawak. Tp at least Nina lega sebab abg x nampak stress(sebab mula2 tu kan dia tak nak duk hospital), mungkin sebab isteri dia teman tu dia x stress. Hihi. Kami berborak sampai pukul 5 pagi. Nasib baik lah dh solat isyak awal2. Pukul 5 pagi kami tertidur. Rasa terharu sebab sepanjang tidur suami x lepas daripada mengenggam tangan isterinya. Pada yang dah kahwin tu, u'll definitely know how I feel masa ni.. Susah nak cerita perasaan tu :-)

Nina tersedar pukul 6.30 pagi. Terus bersiap nak balik. Nina kejutkan abg dan minta izin nak balik sekejap sebab nak g beli ketam dan buat sup. Tengahari nya Nina datang semula dan berkampunglah kat wad tu bersama-sama abg. Masa ni bintik merah dah mula keluar kat badan abang. Nina belikan air mineral dan 100plus banyak2 pada masa yang sama buat lagi sup ketam. Oh ya, lepas bagi abang minum sup ketam, bacaan platlet abg memang naik! So sapa2 yg kena denggi boleh lah minum sup ketam dan makan isi ketam ya!

Hari ketiga Nina masih temankan suami kat hospital. Doc kata memang kes denggi. Memang takde ubat pun untuk denggi. Ubatnya minum air masak banyak2..sebab tu pesakit denggi memang dimasukkan air je. And nasib baik la typical denggi je, bukan denggi berdarah. Nauzubillahiminzalik!

Hari keempat Nina kena masuk kerja dah. Masa tu risau dah sebab kalau Nina kerja nanti takde la orang nak tlg beli kan abang apa2 kalau dia nak something ke kan but luckily, perancangan ALLAH sungguh hebat. Tak sangka pulak, best friend abang masa sekolah menengah dulu kebetulan tengah praktikal kat HTAA tu. Thanks Dr Bunyamin sebab banyak tolong suami saya. Suka lah suami ai sebab skrg dah ada kawan kat Kuantan ni.

Hari kelima (19.1.13) abg sms bgtahu dia dah boleh discharge! Alhamdulillah! Happy tak terkata. Lepas balik kerja terus pergi ambil suami. Dia dah kembali ceria dan sudah kembali kepada hobi beliau iaitu menyakat saya habis habisan. =)

So inilah pengalaman pertama Nina handle suami jatuh sakit buat pertama kali nya selepas berkahwin. Banyak benda baru yg Nina belajar. Banyak pengalaman baru yg Nina dapat. Most importantly, ia mengajar Nina erti pengorbanan dalam rumahtangga. Erti kasih sayang suami isteri:-) Kini Nina faham betapa kuatnya 'bonding' antara suami dan isteri. Ianya satu ikatan dan chemistry yg sgt sukar nk diluah dengan kata-kata!.ia juga mengajar Nina untuk lebih menghargai suami. Ya ALLAH terima kasih utk anugerah 'suami' yg Engkau kurniakan pdku..lindungi rumahtangga kami dengan barakahMu YA ALLAH. Ameen.

P/s; Husband, I Love You!

Layan gambar jom


Malam pertama kat wad. My husband maintain handsome okayhh.hehe


Hari kedua. Dah start kena pakai 'uniform' hospital.


Hari ketiga


Antara menu yang sempat dimasak utk suami ; Kupang masak lemak cili padi, sambal belacan, sup ketam


Dan ini..sang isteri masa hari pertama masuk kerja setelah beberapa malam x cukup tidur..mata bengkak sungguh obvious. Tapi x mengapa semuanya demi husband tersayang kan!

That is all for now huns! Bye!

Love
Nina Isofea

posted from Bloggeroid

Monday, January 14, 2013

Exchange Link

As'salam dan Salam Sejahtera

To all my fabulous friends, bloggers, BBF and readers
Knowledge and friends is invaluable thing.
So for those who are not in my links,
please leave your link in the comment section of this entry.
and i will definitely link and follow u back.
Thank you very much. XOXO~!

INSYAALLAH

The Most You Like It

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog is Protected. Copyright 2012 © Design By sarahhernyzar