Assalamualaikum semua.
Lamanya x update blog, blogwalking apatah lg. Benar kata org, life after married really requires much much more commitment than before and I am enjoying every moment of it apatah lg bila kami x perlu LDM lagi. Alhamdulillah.Oh ya, review utk wedding masih tertangguh sbb kali ni nak share pengalaman 60 hari menjalani kehidupan bersama kekasih halal.
29 Julai 2012, genap 2 bulan we live together as husband n wife. Byk perkara baru yg saya belajar spjg 60 hari ini dan lagi manis, saya dan suami semakin dpt mengenali hati budi masing2 dgn lebih dekat. Yela kan, org kata, tempoh 5 tahun pertama dlm sesebuah perkahwinan adlh tempoh 'bersuai-kenal' dgn suami kita eventhough kita dh bercinta bertahun2 lama nya, ia tetap x sama bila dah kawen ni. Ya, byk beza. Dulu ada batas, sekarang dah xde batas, semuanya halal. Alhamdulillah. Halal itu mmg indah. Dulu boleh main ckp suka hati, skrg kena sentiasa jaga hati suami dan selalu buat dia senang hati.Dulu boleh buat keputusan sendiri, skrg semuanya kena minta izin suami. Kalau dulu tido sorang2, sekarang dah ada teman. Dan mmg byk lagi lah beza nya dan semua tu satu pengalaman baru dan menyeronokkan buat saya!
And yes, adapting to a new life n new status does take a lot of time. And i really need to be wise in managing my time. Masa utk kerjaya dan juga masa utk rumahtangga.
If someone asked me ; "how's ur married life so far?"
My answer is ; "great!"
Ianya satu perjalanan hidup yg sgt indah spanjang 60 hari ini. Gaduh2 manja tu biasa la kan. Tipulah kalau xde langsung dan itulah yg lebih mengeratkan hubungan suami isteri,betul x? Dan benarlah bahawa sebuah hubungan yg halal itu sgt besar rahmatnya. I am pretty sure that my life now is better than before. Sbb nya suami yg byk menyumbang ke arah menjadikan sy yg lebih baik. Antara rahmat yg sy dpt setelah berumahtangga ialah :
1. Saya belajar utk menguruskan masa dgn sebaiknya krn sy seorang isteri yg bekerjaya. Penat mcm mana pun balik drp kerja, saya latih diri utk memasak walaupun hanya tinggal berdua. Saya belajar utk tidak mengeluh krn letih bekerja or whatsoever (walaupun hakikat nya sgt letih) saya sentiasa cuba belajar utk tidak lokek senyuman dgn suami.
2. Sentiasa ada Imam dalam solat saya. Seperti yg pernah sy sebut dlm entry sebelum ini, solat dgn berimamkan suami adlah antara perkara pling indah yg berlaku dlm hidup saya. Sgt indah!
3. Saya ada 'tok guru' mengaji. Ini juga satu pengalaman berharga dan salah satu masa berkualiti bersama suami. Kalau dulu, sy boleh dikatakan liat n jarang mengaji, tapi Alhamdulillah, skrg ALLAH hantar kpd saya seorang guru mengaji yg hebat untuk saya. Terima kasih suami sbb dgn 'paksaan' dan didikan mu, saya lebih dekat dgn Maha Pencipta. Kamu bukan shj seorang suami yg hebat, tp kamu juga guru dan pemimpin terulung buat Nina. Dan lebih bermakna sbb kali ni pertama kali menyambut Ramadhan sbg suami isteri, sy sgt teruja melakukan tadarus bersama suami pada tiap mlm Ramadhan. Ini bkn tujuan riak dgn ibadah yg kami lakukan, tp ianya hanya satu perkongsian sbb semua ini pengalaman baru buat saya dan suami.
4. Suami byk mengajar saya erti sebuah kematangan. Erti sebuah kesabaran. Walaupun suami saya lebih muda, dia lah sebenarnya yg byk mengajar saya dan membentuk saya utk jadi lebih matang dan sbr menghadapi cabaran hidup.
5. Tolak ansur. Berkahwin juga mengajar kami utk saling bertolak ansur. Alhamdulillah sy dikurniakan seorang suami yg sgt memahami dan bertolak ansur. To tell u the truth, most of the time during this fasting month, yg bangun menyediakan sahur ialah suami saya. Saya hanya bangun dan makan shj. saya mmg agak susah utk bangkit sahur *my bad* tapi bila saya tanya suami kenapa x kejutkan saya biar saya yg bangun sediakan semuanya? Dia hnya menjawab : "Nina dah penat memasak utk berbuka, dgn kerja lagi, utk sahur biarlah abg yg buat, kita bahagi tugas biar sama2 penat" . He is such a sweet husband, a very helpful one. Satu rahmat yg besar bagi saya. Terima kasih ALLAH
Hmm, kalau nak diceritakan semua x habis rasanya sbb terlalu byk rahmat drp sebuah perkahwinan itu. Doa saya semoga perkahwinan ini sentiasa dlm redha ALLAH dan dijauhkan kami drp hasad dengki dan khianat manusia. Semoga kami dpt membina keluarga yg sakinah, dan semoga kami kekal bercinta hingga ke syurga sana.
And yes, the journey keeps going on and on! And we are happily travelling n exploring this life together!
Love
Nina Isofea
Published with Blogger-droid v2.0.2
3 comments:
beshnya dah tak perlu jarak jauh !!
Alhamdulillah..moga kebahagiaan awak dan suami kekal sampai ke syurga. Insya-Allah...
nora: alhamdulillah..saya doakan awak n suami pun x perlu LDM lg. Doa byk2 ye dear *hugs*
Imah : AMEEN n tq for the du'a darling =]
Post a Comment