Tuesday, June 19, 2012

Presenting my HUSBAND

Assalam lovelies!

Lama rasanya x menulis di sini. Rindu sgt nk menulis di sini.

Biasalah sejak kawen ni, masa utk berbelog sgt terbatas due to my new routine as a wifey.

Masih byk perkara baru yg perlu dipelajari ;-) dan saya kini msih dlm proses membiasakan diri dgn rutin baru ini.

Okeh, sbg warming up utk entry wedding review, let me introduce u my handsome husband (cewahhh), my heaven sent, and my God's greatest gift ; Muhd Farabi Bin Harif Johari.

Inilah wajah2 my hubs pada hari penuh bmakna itu. Gambar 1-4 adalah pd mlm akad nikah. Gambar last tu, saya letak 1 gmbar masa resepsi (tgu review seterusnya saya letak gambar lagi yap =] )

Pada 29.5.12. Tepat jam 9.05 mlm, saya sah bergelar isteri kpd lelaki ini. ALHAMDULILLAH. Tiada kata yg boleh menggambarkan perasaan saya. Setelah byk dugaan dan cabaran yg kami lalui, akhirnya disatukan jua dlm ikatan yg suci ini, Syukur pdmu ya ALLAH. Syukur! Dan mlm itu juga merupakan mlm penuh syahdu bila suami saya menitiskan air mata sejurus selepas selesai lafaz ijab dan qabul. Keadaan senyap seketika apabila suami saya mengalirkan air mata pada masa itu. Dan saya?tiada sedikit pun airmata yg keluar, ntah mengapa, maybe perasaan masa tu bercampur baur ;seronok, excited, happy, hiba dan sebak  bila tgk suami menangis.  (sbb x pernah tgk dia nanges sebelum ni). Gambar2 yg diupload di sini (gambar 1-4) itulah moment paling syahdu bagi saya. Melihat wajah hiba bercampur gembira seorang yg bergelar suami. Serius, ianya satu moment yg sgt bermakna buat saya.

Bila ditanya kat suami ; "kenapa abg nanges mlm tu". Dia mjawab : " abg rasa bersyukur dan sebak sbb mcm x pcaya ALLAH kurniakan abg seorang isteri" .

Okey, mendengar jwpn beliau, terus rasa nk peluk dia kuat2, *in fact, mmg dah peluk pon, heeeeeee*.


So, mmg best kawen ni, hehe, byk benda baru yg saya dpt, berbanding sebelum kawen. Antaranya :


1) Saya ada teman borak sebelum tdo. Masa sebelom kawen pun, mmg kami borak tiap mlm sbelum tdo, tp dlm telefon je. Kali nih, dpt borak dpn2, mmg best! Kdg2 sy yg rancak berborak, last2 saya yg tertido dulu, heee


2) Solat berjemaah dgn suami adalah nikmat pling indah! Alhamdulillah, setakat ini, kami stiasa solat jemaah bersama kecuali waktu zohor dan asar sbb suami ada di tempat keja pada masa tu. Waktu2 lain, suami imamkan solat. SubhanaALLAH ianya satu nikmat yg tidak terhingga buat saya. Semoga ia nya terus berkekalan begini sampai bila2. AMIN.


3) Ada org tlg uruskan bab pakaian. Hehe.sbenarnya sejak kawen ni, baru sy tahu yg suami sy ni cukup cerewet bab pakaian, so, bab pakaian, (baju saya dan baju dia) mmg 100% dia uruskan, drp membasuh, menjemur dan menggantung dlm almari. Ringan beban di situ, hehe, tqvm abg! Dan tugas saya adalah memasak, kemas rumah dan tlg dia di kedai gambar n frame.


4) Ada partner utk saya cuddle2 waktu mlm, hahahahhh, xperlu byk2 bantal di kiri n kanan saya lg dah. Dia sorang dah cukup utk jd bantal saya *peace!*


5) Tiap kali bgun tdo di waktu pagi, melihat si suami nyenyak di sebelah, membuatkan saya rasa sgt syahdu dan sebak. Tak tahu knapa. Ianya satu perasaan yg sgt indah dan hebat melihat kekasih halal sedang tdo lena di sisi kita. Saya hanya boleh mengucapkan syukur krana dikurniakan seorang suami; syurga buat saya.


6) Antara perkara pling indah sejak berkahwin ialah, menyalami dan mengucup tgn suami dan meminta maaf dgn nya sebelum tdo. Juga satu rasa yg hebat! Trima ksih suami sbb stiasa memaafkan isterimu yg x brapa solehah ini, heheh.


7) Saya skrg pling terer buat teh tarik, hehe, sbb nya si suami sgt gemar teh tarik dan dlm sehari lebih 3 kali dia akan minta buat teh tarik n ajak saya minum sama2, borak2 mcm kat kedai mamak, padahal duk kat rumah je, hehe


Hehe, stakat ni je la dulu ye, kalo nk ditulis semua, confirm berjela-jela pjgnya entry ni sbb tlalu byk rutin baru yg saya lalui semenjak bergelar isteri. Ya, terlalu byk! Dan semuanya sy sedang dlm proses utk menyesuaikan diri. Semoga saya mampu utk menjadi isteri yg solehah. Doakan saya yap? YA ALLAH, rahmatilah rumah tangga kami,  berkatilah hubungan suami isteri ini dan jadi kanlah kami pasangan yg bercinta keranaMU dan kekal kan lah semoga kami kekal bercinta hingga ke syurgaMU.AMIN


P/s : insyaALLAH next entry saya start buat review bermula dgn akad nikah, ;-)


Love

Nina Isofea


Published with Blogger-droid v2.0.2

7 comments:

Unknown said...

baca entry kamu nie pon dah terasa syahdu..semoga sentiasa berbahagia disamping hubby tchenta & cpt2 dpt baby cute k!hihi

Nina Isofea said...

syazlina : tqvm dear! Amin! Smoga tmakbul doa awak tu buat saya...;-)

Aznah Arshad said...

Sweet sangat2.

Nina Isofea said...

Si dara: hehe tqvm dear! ;-)

Syu, Syuhada said...

sweetnye..ni tak sbr nk kwen nih!..hehe

coretan hati si comel said...

kakk , sweetnye . hee . happy always dgn abg bob k ! <3

Nina Isofea said...

Ciksusu: hehe, mmg best kawen ni, cpt2 la kawen yep, ;-)

Nadia: tqvm kazen! I miss u! Tq jadi dayang kak hri tu

The Most You Like It

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog is Protected. Copyright 2012 © Design By sarahhernyzar