Tuesday, June 16, 2015

3 years later..

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t semuaaa..

Ya Allah.. lamanya Nina tak masuk sini. Last masuk pada tahun 2013. Dua tahun! Omg. Entah-entah ada hantu dok menghuni dalam ni tak..heheee! Ada orang rindu Nina ke? Nina pun rindu ampa semua tau dak. Actually banyak benda nak cerita kat sini and as usual end up tak tahu nak mula daripada mana. Banyak sangat perkara berlaku dalam dua tahun ni. Most of them Nina share kat IG. Nina punya IG tu dah jadi macam mini blog Nina sekarang =). Tapi apa-apa pun rasa lagi syiok kalau dapat share cerita kat blog. Boleh taip entry panjang berjela rasa puas hati sikit ye dak.


After 3 years being married to the most amazing husband in the world, Nina rasa Nina nak kembali aktif menulis blog (cehh ayat diva sangat acah-acah celebrity blogger gitew ahh lantak la). But still I need some more time to adapt myself (again) with blog writing. Mati ayat wei tak tahu nak tulis apa since sekarang asyik mengadap academic writing 24/7.

Ok sebagai mukadimah buat yang tertanya-tanya mana la si Nina ni pergi dua tahun tak tulis blog. (Hehehh). Dalam dua tahun ni Nina busy dengan study. Alhamdulillah dengan izin Allah, hasrat nak sambung study tercapai juga (walaupun agak lewat). Takpe lah. Better late than never. Kan? Masa umur 28 sambung Masters Degree and now umur dah 30 insyaALLAH bakal tamat pengajian tak lama lagi. InsyaALLAH! Doakan Nina dapat GOT (Grad on Time) ok? Sekarang tengah struggle on my dissertation. Hujung tahun ni bulan November tamat lah pengajian  yang penuh challenging ini. Sebenarnya pengajian Nina untuk M.ED. TESL ni tak dirancang pun. Nina tak fikir pun sebelum ni (malas punya pasal) hehe tapi husband yang prihatin itu telah menyuntik semangat untuk nina further study. Alhamdulillah, dengan jayanya pass interview dan mendapat tajaan sepenuhnya daripada MARA. Terima kasih ALLAH di atas rezeki ini. Tak sabar nak konvo ada husband bersama. Terima kasih husband, terima kasih mak ayah mak abah di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi terutama sekali husband yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk pastikan isteri pergi belajar dengan baik dan selesa. Sanggup travel jauh untuk hantar dan teman isteri. Sanggup korbankan masa tidur temankan isteri buat assignment. Terlalu banyak pengorbanan husband untuk Nina. Dan Nina anngap ianya juga rezeki daripada ALLAH apabila dikurniakan husband sebaik dia. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

After 3 years being married, ALLAH belum mengizinkan untuk kami menimang cahaya mata. Kami positif yang ALLAH adalah sebaik perancang. Kan? Cuma kadang-kadang rimas juga bila ada orang yang tak faham asyik tanya soalan yang sama. Setiap pasangan yg kahwin of course mahukan anak kan? Takpelah.. dah 3 tahun ni kami dah tahu nak handle soalan-soalan macam tu. Kami sudah lebih tenang sekarang =) . Bagi Nina, kebahagiaan sebuah perkahwinan tu bukan terletak pada berapa ramai anak yang kita ada. Kadang-kadang yang ada anak ramai, tapi hubungan dan komunikasi di antara suami dan isteri menjadi makin dingin pun tak guna juga kan? So, jangan lah judge kami ye? Ada anak atau belum ada anak tu bukan kayu ukur kebahagiaan dalam perkahwinan. Walaupun kami masih berdua, kami happy! Dah 3 tahun kahwin tapi still rasa macam baru kahwin. Still rasa nak sweet-sweet. hehehh! Ampa semua yang baca entry ni, lepas baca ni laju-laju la doakan untuk kami nah? Doakan kami cepat-cepat dapat zuriat. Kembar dua ke kembar tiga ke lagi bagus! Amin Amin..

Okla cukup setakat ni dulu sebagai intro untuk ahkak diva da vass yang nak buat comeback nih. Aherherher. Bertemu lagi di lain entry! Assalamualaikum. Belanja gambar sekeping!


No comments:

The Most You Like It

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog is Protected. Copyright 2012 © Design By sarahhernyzar