Nina nak share pics 2nd anniversary photoshoot kami suami isteri. Walaupun dah basi (cerita tahun lepas) who cares? hehehee! Nak share jugak. Dah nama nya photoshoot session haruslah dijadikan kenangan ye dak?
Kalau boleh kami nak jadikan tradisi dalam perkahwinan kami di mana setiap tahun kami akan ada kan photoshoot session pada tarikh anniversary kami. Semoga ada lah rezeki untuk kami buat benda ni tiap-tiap tahun ye. InsyaALLAH. Nina dan husband memang suka kalau bab photoshoot ni. Suka in a way bila kita duk saja-saja masa lapang belek-belek gambaq tu kan feeling dia memang lain maciam. Mula lah masing-masing duk #throwback (hashtag gitew hahah) kisah-kisah kami daripada awal kenal kepada zaman 'berkawan' , zaman 'bercinta' dan zaman berkahwin. Nina pun sebenarnya tak sure kami pernah bercinta ke tidak sebenarnya sebab semuanya berlaku dengan pantas. Tiba-tiba dah nak kahwin. Serius Nina sampai sekarang macam tak percaya dah kahwin dengan dia. Heheee! Senang cerita kami ni lebih kepada bercinta selepas berkahwin la kot. Dan ianya sangat indah I tell you. Sangat indah bila bercinta dengan yang halal ni. Kalau ampa yang masih bujang tu tak percaya, tunggu nanti ampa dah nikah, ampa rasakan lah kehebatan indahnya cinta bila dah halal ni. Hewheww #tepisikitnakjiwangnih.
Kisah perkenalan kami? hehe.. ramai yang tanya macam mana. Nina cuma boleh jawab : ALLAH yang pertemukan kami. Macam mana boleh kenal tu complicated sikit nak cerita hahah sebab jalan ceritanya memang macam dalam novel sangat. Paling kelakar lepas kami kahwin hari tu boleh pulak terjumpa satu novel ni yang memang sebijik kisah cinta macam kami. Tajuk Novel terpaksa dirahsiakan haha nanti automatik korang akan tahu kisah kami hhehh..Part macam mana kenai ni memang kami secretive sikit (saja nak kasi ampa curious). Tapi pada yang tahu tu memang tahu lah hehehh. Alaa dia macam ni la, Every love story is beautiful but OURS is my favourite! Setiap orang pun mesti macam tu kan.
Eh jauh pula melencong nih. Sebelum Nina share pics anniversary photoshoot ni Nina nak share pasal OP yg kami hire. Kami hire @muhammadzameer (IG beliau) untuk photoshoot selama dua tahun berturut-turut. Masa 1st anni dulu pun kami amek zameer juga. Siapa tak kenal Zameer kan. Super talented photographer. Gambar-gambar dia memang awesome dan dia nih sangat lah friendly. Yang latest ni Zameer shoot solemnization Hanis Zalikha and Hairul Azreen. Ampa usha la IG Zameer ni, Memang cantik-cantik gambar dia and it's worth every penny!
And untuk 3rd anniversary photoshoot session yang akan dibuat lagi 2 hari daripada tarikh entry ni ditulis , kami tak dapat hire Zameer kali ni sebab kekangan masa Zameer sibuk dan kami suami isteri ni laaaagi sibuk tak dapat nak ke KL untuk shoot. Kami pilih destinasi lain selain KL. Photographer pun yang lain. (Yg ni deserve for another special entry I guess heheeh simpan dulu ok nanti baru reveal)
Ok back to the 2nd anni photoshoot, location kami shoot ni Nina dah tak ingat nama tempat dia tapi ianya area dekat UPM Serdang. Zameer yang pilihkan. Kami follow aje. Bertemakan colour purple and concept ku sendiri kurang jelas concept apa hehehh. Masa ni #suamiedisiterhad kuruih kerin sikit tapi lani dia dah sado ok . Hehehh. Ok selamat menjamu mata. (tapi Nina letak sebahagian sahaja gambaq ni ye..Jenoh nak letak semua hehe) Till then *ex ow ex ow*. Assalamualaikum.
6 comments:
ninaaaaaaa!!!!! i am so miss you...!!!
ramai geng b2b kita dah bz dgn family. Please menulis kembali okey. hugs.
Selamat menyambut ramadhan sayang <3
semoga berbahagia sentiasa hingga ke akhir hayat..aminn
Hayati Hanisah : Nuha, I do miss you too dear! InsyaAllah akan kembali menulis . Akan Nina cuba cari masa utk menulis hehe *hugs ketat-ketat* ! Selamat menyambut Ramadhan utk Nuha juga!
Syaz Roselt : terima kasih yunk. Sentiasa doakan kami ya! Untuk awak juga smoga sentiasa berbahagia! =)
Wah....seronok tgok...cantik2 gmbr...semoga kekal.bahagia sll...
Cik Mah : tqvm di atas doa murni awak.. amin amin...
Post a Comment