Monday, December 3, 2012

FINLAND aku datang

Assalam dan bismilahirrahmanirrahim...

Ok blog agak terabai kebelakangan ini..bukan tak rajin, saya saaaangat lah rajin nak update blog tp komitmen kerjaya dan rumahtangga menjadi halangan. Skrg saya sudah mula bercuti semester hingga 25 Dec ini, so haruslah rajin update ok!

Jadi, entry kali ni nak share sesuatu pasal 'Finland'..Ok ceritanya begini..

Pada 29 November 2012, (iaitu hari ulangbulan kami yg ke-6-wahhh cptnye masa terbang), macam biasa suami ajak g celebrate somewhere. (ini acara wajib buat kami, tiap2 bulan mmg wajib celeb monthsarry perkahwinan bersama-sama..so sweet of u husband. Hiks!). So pada hari 29hb tu jatuh pd hari Khamis iaitu hari bekerja, then abg ckp pas abis waktu kje terus nak keluar dating sampai ke mlm..

Nk dijadikan cerita, masa nk punch out tu, terserempak dgn seorg rakan sekerja then she asked me : "Nina dah check email?" I was like.."aaaaa, email?email ape pulak ni, ada lg ke kerja yg aku tak settle kan ni" then org tu senyum je meleret kat saya sambil berkata : "baik g check sekarang, nanti melepas" dan beliau berlalu begitu shj dgn senyum di bibirnya yg buat aku lagi suspen..haihhhh..masa tu pulak tab tertinggal kat rumah, terus bgthu abg nk blik rumah sat ambil tab sebab nak check email penting..Terus ambil tab dan check email..

I was like...omaigodddd....betui ka ni betui ka ni ?

"Berikut ialah maklumbalas daripada pihak Bahagian Pengajian Tinggi (BPT) MARA berkenaan dengan permohonan belajar program Master di Finland. Tahniah kepada pensyarah yang tersenarai. Bagi yang belum berjaya, cuba lagi..." (ini sebahagian drp isi kandungan email tu)

dan...salah satu nama itu ialah HASNINA BT HUSSIN!

Suami lah org paling happy dan excited. Terus peluk saya dan kiss pipi tembam ku berkali-kali. Hiks.

Dan saya? terpinga-pinga sahaja..tak tahu nak ckp apa sebab mcm x percaya sangat2...sebab nya masa isi nama hari tu serius isi main-main je dan tak expect pun akan dapat sebab ramai yang apply kan..tapi inilah yg dikatakan rezeki..bila ALLAH kata nak bagi, DIA mmg akan bagi cuma kita x tahu bila dan dimana. Dan sesungguhnya ini hadiah utk ulangbulan perkahwinan kami yang ke-6..mmg best hadiah ini. Terima kasih ya ALLAH...SYUKUR ALHAMDULILLAH.

Lepas baca email tu terus call Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik (TPHEA) iaitu beloved Kak Noni, bagitahu dia : "Kak Noni, thank you for the good news and I would like to say that I ACCEPT THE OFFER! haaa semangat kauuuu.

Saya masih belum dapat byk details pasal ni sebab masa tahu tu saya dah nak bercuti panjang, so naik sem baru ni lah kot baru pergi dapatkan details..bagi confirmation je dulu nak pergi ke tak.=) Yang saya tahu August 2013 kami fly.In shaa ALLAH...And yg saya tahu juga, it is fully sponsored by MARA (TQ MARA) dan ianya bergaji penuh. THANK YOU ALLAH. (Dulu verangan je tau nk sambung belajar oberseaa dgn bergaji penuh dan ditaja, tp skrg jd kenyataan...mcm mimpi je rase).

University yg akan saya jejak itu bernama University of Haaga-Helia,located in Helsinki, Finland. Wahh, sungguh excited ni...agak2 boleh fasih berbahasa Finnish x nanti?hakss. Tp according to my readings, kat sana nt, students will be taught either in Finnish, Swedish or English..Finland ni dekat dgn Sweeden. Hmm, kena byk buat research and study pasal Finland(Helsinki to be exact) dah la mulai sekarang...kemainnnn.

Apa-apapun, saya ada lbih kurang 8 bulan daripada sekarang....paling penting saya kena dapatkan details daripada pihak MARA sebaik sahaja abis cuti ni...nk tahu jgk either it is Staff Scholarship or Young Lecturer Scheme Scholarship. Apepun doakan semuanya dipermudahkan buat kami ya....doakan segalanya berjalan dgn lancar...ameen!
 Suami cakap : "sayang, baby Finland maybe?"
Ameen....hehe

Layan pics jom


Happy face (kekununnn) rite after dpt berita gembira. hehh. 


Darling and me ; otw nak g celeb monthsarry (versi siang hari)


Darling and me : sambung dating di malam hari


Family bowling time.(masa ni balik Kedah keesokan harinya) Kongsi keriangan bersama mereka.


And yaaa...inilah view University of Haaga-Helia campus Helsinki. Hiks!

Last but not least, kawan2, readers semua..doakan yang terbaik untuk kehidupan kami dan masa hadapan kami kelak ya?

Ya ALLAH terima kasih di atas rezekiMU ini ..jd kan kami hambaMu yg sentiasa merasa cukup dengan rezeki yg ENGKAU kurniakan dan rahmatilah rumahtangga dan kasih sayang kami ini hingga ke Jannah. Ameen.

p/s : ramai yg email dan inbox saya di FB tanya pasal rahsia kulit saya kelihatan berseri dan gebu sekarang and sorry sgt pada yg belum sempat saya reply..tapi yg pasti akan saya kongsi rahsia itu dalam satu entry khas nanti. Promise! 

Love
Nina Isofea

12 comments:

sarahhernyzar said...

tahniahnina. rezeki u. alhamdulillah dapat sambung belajar. bestnya pegi helsinki. :)

p dot s: "baby finland" is sho shweeett..

Nina Isofea said...

sara : hehe tq sara...doakan yg terbaik utk kami ye..doakan juga 'baby finland' kami, hehehe

cik mah said...

Tahniah2...bestnyer...belajar oversea tu...

nurul harnani said...

tahniah syg ku nina.

**MrS FloweR** said...

congrate!!bestnyerrr.... =)

Nina Isofea said...

cik mah : thank you darling...titipkan doa buat kami agar semuanya OK!

Nani : thank you so much sayangku Nani.....please pray for our success! *hugsss ketat ketat*

Nina Isofea said...

mrs flower ; trima kasih sayang! Please pray for us yaa

MiSsJue said...

conratzzz!! :) berganda2 rezeki..

orked violet said...

congratz dear..best nye bLaja free...Sya wat master pkai duet sndr jek.isk22..

phd ade nk sponsor x???hoho

nuha hayati said...

congrats nina..rezeki betul. macam mana apply tu? huhu

Nina Isofea said...

Miss Jue: Alhamdulillah..tq dear..semoga saya x sia2kan rezeki ni.

Orked violet : tq dear..sy pun x sangka ...Terima ksih ALLAH..i doakan nt u nk sambung PHd ade rezeki dpt free jgk. boleh?hee

nuha : tq nuha..nina just isi nama bila majikan nina (MARA) tanya sapa yg berminat nk apply..so nina isi je la, x expect pun dpt sbb ramai yg apply, tp bila ditapis, tgk2 nama nina antara yg layak dan berjaya..alhamdulillah...

Cik Pipie said...

Taniah akk . Jom follow sini . Kte dah

The Most You Like It

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog is Protected. Copyright 2012 © Design By sarahhernyzar