Sunday, September 29, 2013

1st Wedding Anniversary Photoshoot

Assalamualaikum semua..apa habaq? harap semua sihat la noh. Hihi. Mood rajin nak update blog malam ni sambil menunggu ketibaan Yang Berhormat suami tiba daripada Kedah. Seminggu tak jumpa rasa mcm sebulan! Rindu yg amat. Tidoq tak lena, hati resah gelisah. Gitew.

Nina nak share sikit gambar-gambar masa buat photohoot 1st anni tempoh hari (30.5.2013). Hari tu ada entry teaser je kan. Ni nak tepek banyak sikit gambaq. Tapi takdak la banyak sangat noh. Penat jugak chek nak pilih drp beratuih gambaq tu. hehe. Ni antara favourite shots. Nak kira fav, semua gambaq pun fav heheh.

Kami memilih Precious Moment Photographer untuk merakam saat indah itu. hihi. Kenapa pilih PMP? Sebabnya setelah meneliti hasil kerja diorang kat FB dan IG, Nina and husband rasa jatuh hati sangat dengan shots diorang. Cantik dan sharp! Mula2 nak shoot sendiri je . Husband nak shoot. (macam 2nd pre wedd photoshoot dulu) tapi after discuss2, husband kata nak rase org lain shoot pulak. hihi.

Kami telah memilih army theme utk photoshoot kali ni, Ini idea drp suami. Sebab Nina takde idea sangat untuk tema kali ni .Memang ada mcam2 tema kan, picnic,vintage, etc..tapi Nina rasa mcam dah common sangat. Luckily hubs got an excellent idea for this. Dan x susah pun tema ni. Cari outfit je .Asalnya both of us nak pakai army printed pants tu tapi yg husband punya takde size . So beli tshirt je utk dia dan Nina pakai army printed jegging. Ok je kan sebab still nampak sedondon .=) Oh ya, kami xde props pun sebab tak sempat nak buat. Sobs. Next year punya anni photoshoot akan ku pastikan ada props. =)

Tempat pulak kami serahkan pada OP nk buat kat mana. Setelah dia diberitahu tema kami, the OP bawak kami ke Taman Orkid (kalau tak silap lah nama nya. Lupa dah). Tmn orkid ni nmpk cam jungle, pandai OP pilih tempat and the best thing was, masa upload pics kat IG dan FB, ramai kawan tanya cmni : 'kat mana ni?mcm kat oversea' . Hehe. kelakar okeh. Kat Shah Alam je kawan2..Abang Ngah Nina pun igt oversea.. (la ssssangat kan) Eh jom la layan gambaq sikit. (malas nak letak watermark boleh?)

















Cukup je la setakat ni dulu ye. Ni pun kemain lama loading tau dak. hihi. Nak tgk lagi, mai umah kami na. Dalam frame ada, dalam album ada. Hihi. InsyALLAH akan kami jadi kan tradisi utk buat photoshoot pada setiap kali ulangtahun perkahwinan ini. InsyaALLAH..Kenangan yang tidak ternilai buat kami. Sebagai tanda penghargaan di atas ikatan perkahwinan yang indah ini. *ecece*. Terima kasih ALLAH di atas kasih sayang ini. Terima kasih Allah di atas nikmat bahagia ini.

And the Prophet (pbuh) said : "there is nothing better for two who love each other than marriage"(sahih Al-Jami')

Love
Nina Isofea







Thursday, September 19, 2013

Kisah Syawal 2013

Assalamualaikum semua.. Alamak lama betul x jenguk blog. Memang busy tahap menteri pelajaran sungguh sejak kebelakangan ni. Ok la straight to the point, entry ni nk bercerita kisah raya tempoh hari. Hihi. Biarlah terlambat , tak kira, nak update jugak cerita raya yg best ini. Haha.

Alhamdulillah ini Syawal kali kedua beraya sebagai status isteri kepada suami yg hensem itu. Hihi.(haruslah puji laki sendiri kan). Macam tahun lepas, Raya tahun ni raya pertama kat Kedah. Kami takde sistem 'giliran'. sebab Nina bagi can kat suami beraya pertama bersama mak abah sebab dia je satu2nya anak lelaki dlm family tu. Lagipun Nina tak kisah sebab lps tu boleh beraya lama sikit kat Kg. Nina kan. Raya ketiga baru bergerak balik Terengganu  =). Tanpa membuang masa jomlah kita tgk gambar. (masih mencari2 ayat nak menulis. Rasa kekok nya lahai lama x menulis. tskk). Ehh chopp..entry ni bukan stakat cerita kisah raya pertama kedua ketiga keempat je tau..ni kisah SEBULAN di bulan Syawal. *hambik kauu* hihihi

 Raya pertama : pakwe dan makwe ni sedondon dalam persalinan bertemakan mint green + baby pink. Oh jgn tak percaya ye yg lace kat baju Nina tu husband yg jahitkan.. haha. Tapi suami ahkak tak lembut tau..still lelaki sejati yg gagah perkasa. Sebakul mak Nina membebel sebab x pandai menjahit hehe. Tapi nak buat mcm mana..mmg tangan ni 'keras' sikit bab jahit. senget benget habis semua. Thank you abang... Oh cmana boleh jadi cmtu? kisahnya bila Nina hantar lambat kat tailor..lps tu tailor dh mls nk layan . Dia sanggup jahit kurung moden plain ja..Nina pun memang gelabah katak la. Last2 husband ckp : abang rasa abang boleh patchkan lace tu la..mcm senang je. heheh, memang senang pun tapi daku ni mmg fail bab pegang jarum n benang tahu tak. Sebab tu la hamba sayang sangat kat suami hamba ni. Serba boleh! Baju melayu husband beli kt Gene Martino je. Ngam2 kaler sedondon dgn baju Nina  =) . Shawl drp Radiusite. Best! sebab shawl ni tutup dada. 


Sesi minta ampun dan maaf kat suami lps tu ulang balik perangai kann hehe. dapat duit Raya, dpt kiss Raya jugak . theee


Beraya keliling kampung ke rumah nenek dan nenek2 saudara. Best gile ok sebab kat sini memang betul2 suasana kampung. Suami pun sampai tertanggal dah sampin. 


adik2 dan kakak ipar. argh kependekan terserlah.


baby Asfa dan Mama Nina


baby Fahim


Raya kedua in Mustard theme. Lace dress + tudung Bawal .


ready to attend open house. Duk kat Kedah ni asik g open house je, memang x lekat kat umah


Posing manja2 at Makcik Ila's =)


SIL; Alya.


Mak tersayang. Masa ni beraya kat rumah Maksu

Penghujung Raya kedua: g mall repair phone husband last2 dua2 lenguh kaki byk sgt berjalan. hihi

Raya ketiga . bergambar dulu dgn in laws sebelum bertolak balik Terengganu. Tema raya ketiga : Black+Purple
Abah beriya mengajak menantu nya bergambar. so comel!Shawl Durra from Radiusite.

On the way balik Terengganu. Muka En Abang boring ngadap jem. 

Stim nya lahai mata org kt sebelah tu...tema purple hitam x brapa nk nmpk kat baju hubs since stripes tu haluih sgt hehe.

Raya keempat. Hah? Pakai baju sama? Yaa memang betul....Al kisahnya raya ketiga tu kami sampai Terengganu lewat sgt2 dek kerana jem yg melampau. Sampai dah lewat and tetiba ada cousin call dia kata nak bagi penginapan percuma kat Bukit Keluang Beach Resort. Kami pun apalagi kan memang xlepaskan peluang la. Best jugak penat2 jln jauh dpt tido kat resort. Feeling honeymoon gitew. hiks. So, disebabkan letih tu kami belasah je 'recycle' baju semalam punya. lagipun semalam pun duk dlm keta je kan..ber air cond kan. takde la busuk nya pon. hee. Lps check out mak dan kakak Nina bagitahu nak g picnic kat Pantai so kami terus bergerak drp Resort tu dgn baju raya g pantai, Hihi.
Melepaskan rindu pada emak yg disayangi
Ayah yg terpaling Nina kasih. Dah putih rambut ayah tapi maintain hensem dan baik hati!
Bersama sebahagian cousins yg ada pada hari tu. Gambar ramai2 x igt ada dalam phone sape. ni je yg ada dlm note nina.


And ohh of course la kena ada gambar bersama pakwe, kwn baik, imam, driver, motivator, dan juga merangkap suami Nina. hihi. I love you very much Abang. Kehadiran beliau dlm hidup sangat memberi makna yg besar dlm hidup Nina. I must say. Alhamdulillah di atas kebahagiaan ini Ya Allah.


Syawal 10. Ahahah.mana pegi pic raya ke 5 hingga ke 9? hehe. ada dlm camera malas nk transfer boleh?ngee. . Electric blue theme. Shawl from Radiusite . By the way Nina ni kipas-susah-mati Radiusite. Hihi. Shawl Radiusite ni best sebab cantik dan paling penting labuh boleh tutup dada


Lepas beraya kami p basuh kereta. Sambil kereta dibasuh kita bercinta. Bila bercinta hati sangat bahagia. Eh macam pantun =)
Our favourite pairs =)
Wee yg ni tak ingat dah raya ke berapa. tapi masa ni ada open house kat housing area kami. Serius nak tergelak tgk diri sendiri dlm gambar ni. Selekehs! malas nak belit2 bagai sebab malam . Yg ingat nya nk mkn byk2 mlm tu hihi. Kami pakai baju raya 1st .

Selfie sikittt =)



Zareen yg comel dan bam bammm. Anak jiran Nina. sgt cute! seronok main dgn dia sampai berpeluh Mama Nina . 



Bulat sgt mata Baby Zareen ni. Jiran2 kata, sesuai jadi baby Nina sebab muka ada iras2. Betulkah?? Ameen..insyaALLAH...nnt Nina dpt baby comel cmni jugak ye? tunggu tahun depan okeyy =)
Lps open house tu husband ajak dating kat Teluk Chempedak. . Feeling sweet couple gitu. *muntahhh* biasa la, kasut faveret kami. Dlm byk2 kasut, kasut ni yg paling suka dipakai oleh pakwe dan makwe ni hehh.




Sambutan Aidilfitri kat Kolej. Muka bulat vs muka bujur




Selfie lagi sebijik hiks. Shawl Eva from Radiusite


Balik keje pakwe ajak teman dia jogging. Takleh berenggang taw pakwe I ni..nk jogging pun berteman. And si makwe x jogging ke? hhuhu. makwe xleh jogging..leh jalan2 manja je..



Takkan terpisah. Sayang dia ni sangat2 .




Tak ingat dahhh raya ke berapa ni. tapi nk upload jugak. hehe. posing manja sikitt.
My love. My life. Seronok beraya dgn kehadiran insan ini.

Last but not forgotten Raya kali ni juga sgt bermakna sebab ada si comel baru dlm Kluarga kami; anak adik Nina. Si comel dan si gebu Qaseh Qaisara.


Si putih gebu


Si comel


Beautiful baby

Rase nk geget je ini budak tahu tak

adorable

lovely







Beautiful eyes

Ok rasanya cukup setakat tu dulu. hehe tak larat nak upload gambar dlm note ni saje ponn dah beriban hehe. For more updates, follow my IG nina_isofea utk byk lagi gambar2 menariks. *muntahhh* ok honey till then . Bye!

P/s : Husband, I love you...sejak dua menjak ni makin menjadi2 rasa sayang nih. auw. (cptla baca entri ni wahai suami) heee....bodek lebih sikit ni. Bodek dgn harapan dapatlah dot dot dot itu..*lariii*


Love
Nina Isofea

















































The Most You Like It

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog is Protected. Copyright 2012 © Design By sarahhernyzar